Wednesday, November 25, 2009
SALAM AIDILADHA 1430 H
Thursday, November 12, 2009
MEMORI SAHABAT
Posted by Mawar_Sufi87 at 11:47 AM
Labels: MEMORI SAHABAT
Wednesday, October 28, 2009
SIFAT PEMAAF PENYELAMAT MANUSIA DI MAHSYAR
Assalamualaikum..sekadar perkongsian yang ana petik dari sebuah buku "Mati Sebagai Satu Peringatan" dan "Air Mata Mahsyar".Alhamdulillah sebuah panduan menuju hati yang tenang.
Pertama dia telah menyelesaikan perselisihan antara dia dan orang yanh terlibat, dan keduanya dia berjaya memadamkan api kemarahan yang sedang membakar hatinya.
Posted by Mawar_Sufi87 at 11:33 AM
Labels: INSAN INGATLAH
Tuesday, October 27, 2009
SANTAPAN KULIAH
JUMAAT 23/10/2009
Salam sejahtera buat semua sahabat seperjuangan yang dikasihi Allah. Smoga berada dibawah kalungan nikmat iman & kesihatan yang baik sentiasa. Alhamdulillah,dengan nikmat kesihatan yang baik dan kekuatan untuk melangkah,ana berkesempatan untuk hadir ke kuliah pagi Tuan Guru pada jumaat lepas.Maklumlah,2 minggu lepas sudah ketinggalan,erm rugi nya rase…Alhamdulillah,ade program2 sebegini,terisi lah juga hari minggu dengan ilmu yang bermanfaat, lebih2 lagi di pagi jumaat yang mulia Sayyidul Ay-Yam. InsyaAllah keberkatan akan mengiringi, usaha, ilmu, dan dakwah yang dilontarkan oleh para ulama,moga terkesan dihati kita yang mendengar dan yang memahami akan isi kandungan nya, insyaALLAH.
KULIAH PERTAMA
Alhamdulillah,awal pagi tersebut,kuliah pertama telah disampaikan oleh Ustaz Abdullah Ya'kub (Adun Air Lanas )..Tajuk yang menjadi pilihan adalah “Institusi Kekeluargaan”.
Disini,Yang berbahagia Ustaz telah mengulas sedikit sebanyak mengenai Garis Panduan yang telah di ajar oleh Rasulullah SAW. dalam menentukan jatuh bangun sebuah Institusi Keluarga..bukan sahaja dari aspek duniawi,bahkan mencakupi seluruh aspek kehidupan dunia & akhirat…iman & taqwa.
- Iman adalah teras pembangunan insani setiap manusia,Iman adalah senjata dan santapan rohani yang disediakan oleh Yang Maha Pencipta untuk menyinari jiwa makhlukNya yang bernama manusia.Iman adalah modal terbesar yang menentukan jatuh bangunnya seseorang insani,bahkan menentukan masa depan sesebuah keluarga,masyarakat dan negara.Iman juga yang menjadi satu-satunya pokok persoalan dalam menetapkan nasib berkekalan buat setiap sekujur tubuh manusia di akhirat nanti.
- Wajah putih bersih anak-anak kecil menggambarkan betapa luhurnya naluri keinsanan yang ada padanya.Sebagaimana sabda Junjungan SAW,”setiap bayi yang lahir itu umpama kain putih”.tiada sebarang cacat dan calit.Maka,para ibu bapa,penjaga dan pendidiknya lah yang akan menentukan warna kain yang putih itu.Putih bersih itu adalah ibarat kepada fitrah yang berpaksikan kemurnian iman.
- Memupuk keimanan yang mantap ini harus bermula sejak dari kanak-kanak itu masih kecil lagi..bukan hanya semata-mata menyerahkan kepada guru untuk mendidik. Sebagaimana firman Allah yang mengancam keras keatas mereka yang gagal mendidik anak :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَاراً وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (Al-Tahrim :6 )
Begitulah indahnya islam,Rasulullah SAW telah memberi garis panduan agar kita mengikutinya..bermula dari kelahiran bayi,kalimah lailahaillallah diperdengarkan,nilai- nilai murni dititipkan.Solat diajar mengikut peringkat umur..sehinggalah terbentuk insan beriman & bertaqwa.
Peringatan buat diri juga sahabat2..smoga kita berjaya mengikuti stiap garis panduan yang diajar Rasulullah SAW kepada kita..
KULIAH KEDUA
Ulasan Surah Al-Hujurat Ayat 11- 18.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَومٌ مِّن قَوْمٍ عَسَى أَن يَكُونُوا خَيْراً مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاء مِّن نِّسَاء عَسَى أَن يَكُنَّ خَيْراً مِّنْهُنَّ وَلَا تَلْمِزُوا أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ بِئْسَ الاِسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
[11] Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيراً مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضاً أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتاً فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ
[12] Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوباً وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
[13] Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
قَالَتِ الْأَعْرَابُ آمَنَّا قُل لَّمْ تُؤْمِنُوا وَلَكِن قُولُوا أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ الْإِيمَانُ فِي قُلُوبِكُمْ وَإِن تُطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَا يَلِتْكُم مِّنْ أَعْمَالِكُمْ شَيْئاً إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
[14] Orang-orang " A'raab" berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam '. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُوْلَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ
[15] Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).
قُلْ أَتُعَلِّمُونَ اللَّهَ بِدِينِكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
[16] Katakanlah (kepada orang-orang "A'raab" itu wahai Muhammad): "Patutkah kamu hendak memberitahu kepada Allah tentang ugama kamu (dengan berkata: ` kami telah beriman ')? Padahal Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".
يَمُنُّونَ عَلَيْكَ أَنْ أَسْلَمُوا قُل لَّا تَمُنُّوا عَلَيَّ إِسْلَامَكُم بَلِ اللَّهُ يَمُنُّ عَلَيْكُمْ أَنْ هَدَاكُمْ لِلْإِيمَانِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ
[17] Mereka mengira dirinya berbudi kepadamu (wahai Muhammad) dengan sebab mereka telah Islam (tidak melawan dan tidak menentang). Katakanlah (kepada mereka): "Janganlah kamu mengira keislaman kamu itu sebagai budi kepadaku, bahkan (kalaulah sah dakwaan kamu itu sekalipun maka) Allah jualah yang berhak membangkit-bangkitkan budiNya kepada kamu, kerana Dia lah yang memimpin kamu kepada iman (yang kamu dakwakan itu), kalau betul kamu orang-orang yang benar (pengakuan imannya).
إِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
[18] "Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan".
- Sesungguhnya kehidupan kita diatas muka bumi ini hanyalah pinjaman semata-mata,kita hanya menumpang di bumi ALLAH yang fana ini,menumpang setiap ciptaan ALLAH…
- Hanya lah kerana untuk beribadat,beramal dan mengabdikan diri kepadaNya yang Maha Esa.
- Telah diturunkan Al-Quran kepada manusia sebagai panduan untuk kita hidup diatas muka bumi ini.Telah ditetapkan yang hak dan yang batil…ikutilah aturan yang telah ditetapkan nescaya tidak sesat kita ke jurang binasa.Amal yang bermanfaat akan dibawa kedalam kubur dan menyenangkan kita disana kelak.
- Di zaman yang serba moden ini,alhamdulillah kita cukup senang.Tapi apakah kemudahan ini dimanfaatkan dengan baik??InsyaAllah sama2 lah kita mengambil langkah yang sewajarnya.
- Sesungguhnya seorang yang dikatakan mukmin itu sebenarnya adalah mereka yang beriman dan yakin dengan ALLAH SWT dan juga RASULULLAH SAW,tidak dikatakan beriman seseorang itu jika meninggalkan salah satu daripada nya.Wajiblah percaya akan perkara2 ghaib,kerana ALLAH itu ghaib,begitu juga syurga,neraka dan lain2.Ibarat kata “Jika kita sanggup mencurahkan sebaldi yang air penuh kerana yakin bahawa baldi itu adalah bekas racun,sekiranya digunakan akan menyebabkan kematian… Maka yakin lah wahai insan,tinggalkan lah kemungkaran yang kita lakukan,kerana kemungkaran mendatangkan dosa,dan kerana dosa lah yang akan mematikan hati2 manusia
- Dengan keyakinan yang kita ada,jangan lah pula kita ragu2.berjihadlah di jalan ALLAH dengan harta dan jiwa.Sesungguhnya itulah yang lebih baik jika manusia mengetahuinya.
Posted by Mawar_Sufi87 at 10:31 AM
Labels: KULIAH DHUHA
Thursday, October 22, 2009
RANJAU DALAM KEHIDUPAN
KE MANA KITA SEKARANG?
Dapatkan ecard NasyidFM Disini
KE MANA KITA SEKARANG?
Kita sekarang dihidupkan oleh Allah, di bumi Allah dan di dalam zaman yang Allah tentukan. Selepas itu kita akan dikembalikan, sama ada disedari atau tidak ke salah satu daripada dua negeri yang kekal abadi iaitu syurga atau neraka.
Sekarang kita sedang berjalan ke destinasi yang kita sendiri pilih - syurga atau neraka. Allah menyediakan dua jalan untuk kita pilih. Terpulanglah kepada kita untuk memilih sama ada jejak ke syurga atau jejak ke neraka.
Namun begitu, Allah sudah memberitahu kita di dalam Al-Quran, tentang betapa nikmatnya kehidupan dan pengalaman manis di syurga. Begitu juga dijelaskan betapa azabnya kehidupan dan pengalaman ngeri di neraka. Nabi Muhammad saw. juga menguatkan lagi melalui hadith-hadithnya yang masih segar dibaca dan didengar hingga ke hari ini.
Sebagai makhluk yang diberikan kesempurnaan akal fikiran, manusia boleh berfikir kesan dan risiko yang bakal diterima akibat dari sesuatu tindakannya. Setiap sesuatu itu ada sebab-musababnya. Allah masukkan seseorang ke syurga kerana dalam hidupnya di dunia ini, dia memilih jalan ke syurga. Begitu juga Allah masukkan seseorang itu ke neraka kerana dalam hidupnya dia sengaja memilih jalan ke neraka. Terpulang kepada kita hendak mengikuti jejak syurga atau jejak neraka...
Pilih dan ikutlah jalan ke syurga sebagaimana yang disenaraikan di bawah:
• beramal semasa muda lagi
• bertolong-tolongan kerana Allah
• jauhi diri dan keluarga dari zina
• mendidik anak kewajipan beragama
• mendirikan solat wajib dan sunat
• bertahajjud di tengah malam
• menangis dan menginsafi diri kerana takut akan ALlah
• bersedekah, menderma dan berwakaf secara senyap
• berpaut hati pada masjid
• sentiasa belajar hal-ehwal agama
• sembahyang berjemaah
• selalu berada di tempat pengajian agama
• menziarahi orang sakit
• mengiringi mayat hingga ke kubur
• mengadakan khenduri cara Islam
• mendamaikan pergaduhan
• menolong anak yatim dan miskin
• dan lain-lain perkara kebajikan
Pada masa yang sama hindarilah jejak neraka yang disenaraikan di bawah:
• tidak mengajar anak hal-hal keagamaan
• kaya tapi bakhil
• menipu
• mengambil arak, dadah dan yang memabukkan
• mengadakan majlis maksiat
• berzina
• memakan harta anak yatim
• meringankan sembahyang
• tidak mengeluarkan zakat
• panjang angan-angan dan tak mahu bertaubat
• meninggalkan sembahyang
• durhaka kepada ibu bapa
• berbuat fitnah
• suami dayus (membebaskan isteri)
• ibu bapa dayus (membebaskan anak)
• makan harta haram
• berbohong dan berdusta
• menggunakan sihir
• dengki dan khianat
Sementara kita diberi peluang oleh Allah untuk memilih jalan yang menentukan nasib kita pada masa hadapan, marilah sama-sama kita saling bantu-membantu menegakkan amar makruf dan nahi mungkar yang dewasa ini sudah kurang berfungsi dan tidak diberi keutamaan lagi.
Sekadar renungan buat diri..
Monday, October 19, 2009
ADAB MENDENGAR AZAN
Posted by Mawar_Sufi87 at 3:17 PM
Wednesday, October 14, 2009
SEMOGA CEPAT SEMBUH
Posted by Mawar_Sufi87 at 11:45 AM
Labels: BUAT MU IBU
MENYINGKAP SEJARAH KEHIDUPAN
MENYINGKAP SEJARAH KEHIDUPAN
Allah lebih menyayangi bayi kecil yang baru berusia 2 minggu,adik bongsu ana kembali ke rahmatullah dalam keadaan mak yang sedang koma dan belum sempat pun menatap wajah si kesil kelahirannya.
Tanggal 1994,keluarga kami dikejutkan dengan pemergian arwah abang ( anak ke-3 ) akibat dari penyakit kanser.Belum sempat pun ana mengingat wajah seorang abang, namun kehendak ALLAH mentakdirkan dia pergi buat selama2 nya.Ayah,mak & kami sekeluarga redha dengan pemergian lelaki sulung dalam keluarga kami.Mungkin ada hikmah di sebalik ujian yang menimpa.
“Bahawa sesungguhnya,solatku,ibadatku,kegiatan hidupku,persoalan matiku,kesemuanya untuk ALLAH yang mentarbiyah alam” (Surah Al-An’am : Ayat 162 )
Posted by Mawar_Sufi87 at 11:29 AM
Labels: DIARI KEHIDUPAN
Monday, October 12, 2009
TIDAK SEMUA YANG LOGIK ITU BENAR
Mungkin pada mereka yang banyak bertanya 'kenapa itu dan ini boleh tak boleh' atau yang jenis 'banyak songeh', renungkanlah ayatul Quran dibawah. Janganlah kerana ada hati, mata dan telinga, kita tak mampu BERUSAHA untuk mencari kebenaran. Gunakanlah sifat ini sebaiknya. Dan sesungguhnya Kami jadikan isi (neraka) Jahannam yang kebanyakan dari jin dan manusia, mereka itu mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. [Surah al-A’raf:179]
Ketahuilah, Allah Ta'ala telah menyempurnakan agama Islam ini tanpa adanya pembebanan kepada manusia untuk beribadah. Fikirkanlah, kalau hendak kejayaan, pasti perlu berusaha bukan, kalau hendak masuk syurga, caranya kena berusaha jugalah dengan banyak beramal soleh mengikut tatacara sunnah. Islam itu mudah.
Firman Allah Ta'ala:
"Allah tidak sekali-kali menjadikan untuk kamu dalam agama satu kesempitan"
[Surah Al-Hajj ayat 78]
WallahuA'lam
Posted by Mawar_Sufi87 at 11:49 AM
Sunday, July 26, 2009
SALAM UKHUWAH DARI ELHAM PRODUCTION
Posted by Mawar_Sufi87 at 8:05 PM
Tuesday, July 7, 2009
TANDA-TANDA ALLAH CINTA PADA KITA
Sesungguhnya apabila ALLAH mencintai hamba-Nya, ia dapat dilihat dengan jelas dan dirasa melalui hati yang bersih. Ketika ALLAH mencintai seorang hamba, maka jatuhlah kedalam hati hamba itu ilham suci yang membuat dia mengenali tanda kecintaa-Nya. Ada beberapa tanda yang boleh dirasa oleh hati manusia, antaranya :
Tanda Allah Mencintai Seseorang Ialah Apabila Dia Menjadi Begitu Berminat Dengan Ibadah.
Adakalanya sesetengah orang yang berusaha sekuat-kuatnya untuk beribadah, hatta melebihi kapasiti diri sebagai insan lemah. Tujuannya hanya satu iaitu mencintai ALLAH. Tapi ibadahnya seolah-olah kosong tanpa rasa,tawar tiada kemanisannya,semangat imannya maju & mundur, turun dan naik akhirnya tenggelam dipukul arus dunia. Ketika beribadah semestinya seseorang mampu menghadirkan keyakinan bahawa saat itu ALLAH mencintai dirinya. Pernahkah kita menikmati sujud yang panjang sambil menghadirkan dalam hati bahawa saat itulah ALLAH mengishtiharkan nama kita sebagai orang yang dicintai-Nya?
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : " Jika ALLAH mencintai seorang hamba maka ia berfirman : Wahai Jibril sesungguhnya aku mencintai si polan maka cintailah dia." ( Riwayat Imam Ahmad )
Maka orang yang yakin bahawa ALLAH mencintai dirinya tidak pernah rasa was was adakah ibadahnya diterima atau tidak?Jauh sekali rasa takbur kerana dia yakin yang menolongnya untuk melakukan ketaatan adalah ALLAH juga. Bukan kerana kehebatan atau kewarakan, melainkan ALLAH yang menuntun ke jalan taqwa. Kemudian dia sampai kepada satu makrifah mendalam mengenai ALLAH iaitu cinta ALLAH kepada hamba-Nya jauh lebih agung daripada cinta sesama insan. Manusia boleh mengkhianati ibu bapa nya @ anak & isterinya, kawan @ kekasih atas alasan tidak mendapat keuntungan daripada perhubungan itu. Tetapi cinta ALLAH kekal tidak pernah luntur walaupun dicabar oleh sepak terajang hamba derhaka.
Tanda Allah Mencintai Seseorang Ialah Apabila Maksiat Membuat Dia Bangkit Mendekati Allah.
Adakalanya dosa boleh mendatangkan manfaat iaitu apabila dosa itu akhirnya membawa kepada keinsafan,taubat & istighfar. Kemudian seseorang bangkit mengejar ALLAH, berusaha mendapatkan hatinya yang hilang di belantara maksiat. Ia sama sekali tidak berputus asa daripada rahmat ALLAH. Ia sentiasa mengingati janji ALLAH Yang Maha Pengampun. Firman ALLAH bermaksud : " Katakanlah : Wahai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri,jangan kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH. Sesungguhnya ALLAH mengampuni semuanya. Sesungguhnaya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kepada tuhan mu dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat di tolong lagi." ( Surah Al-Zumar , Ayat 53-54 )
Janganlah kerana dosa semalam seseorang menyangka Allah tidak sudi mendengar rintihannya, terputus tali langit dihatinya,tertolak segala doanya dan terusir dia daripada pandangan ALLAH. Rasulullah SAW bersabda bermakud : " Demi Tuhan yang diriku berada dalam genggaman-Nya. Seandainya kamu tidak berdosa nescaya ALLAH akan mematikan kamu. Kemudia ALLAH akan mendatangkan satu kaum yang melakukan dosa dan mereka memohon keampunan kepada ALLAH lantas ALLAH mengampuni mereka. " ( Hadis Riwayat Imam Muslim ).
Hamba yang taat apabila perangainya berubah menjadi iblis pun Tuhan tetap menunggu, di setiap malam rintihan hamba itu diintip hingga ia pulang kembali ke sisi-Nya.Saat ALLAH mencintai seseorang,tempat pertama menerima sentuhan cinta itu ialah hati mereka.Disitulah ALLAH lenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka kemudian diganti dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan bersih.Hati kita seeloknya selalu berbisik : " Aku tahu bila ALLAH mencintaiku,iaitu saat aku membenci segala kejahatanku."
Tanda Allah Mencintai Seseorang Hamba Ialah Apabila Di Lapangkan Dadanya Menerima Ilmu Menjadi Petunjuk Ke Jalan Yang Benar.
Allah tidak sesekali membiarkan seseorang insan terkapai-kapai dalam lautan dosa. Bahkan di kirim ke atas hati manusia petunjuk hidayah-Nya supaya manusia terselamat daripada gelombang keganasan dirinya sendiri.
Baginda SAW bersabda bermaksud :
" Apabila Allah mencintai seseorang maka ia membuatnya faham mengenai agamanya."
( Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim )
SEKADAR RENUNGAN...KETIKA DIRI INI TERASA KERDIL..
Posted by Mawar_Sufi87 at 12:39 PM
Labels: RISALAH TARBIAH
MAKA NIKMATILAH..KERANA INI PUN AKAN BERLALU
Saat di depanmu terhidang nasi sayur atau tempe, mengapa mesti sibuk berandai-andai dapat makan ikan, daging @ ayam ala restoren? Padahal kalau saja kau nikmati apa yang ada tanpa berkesah, pastilah rasanya tak jauh beza. Kerana enak @ tidaknya makanan bergantung kepada rasa lapar dan mau tidaknya kita menerima apa yang ada. Maka nikmatilah, kerana jika engkau terus mengharap makanan yang lebih enak makanan yang ada di depanmu akan basi, padahal belum tentu besok engkau akan mendapatkan yang lebih baik daripada hari ini.
Saat engkau menemui udara pagi ini cerah, langit hari ini biru indah, mengapa sibuk mencemaskan hujan yang tak kunjung dating? Padahal kalau saja kau nikmati adanya tanpa kesah, pastilah kau dapat mengerjakan begitu banyak kegiatan dengan penuh kegembiraan. Maka nikmatilah, jangan malah resah memikirkan hujan yang tak kunjung tumpah. Kerana jika kau tak nikmatinya, maka saat tiba masanya hujan menggenangi tanahmu, kau pun kan kembali resah memikirkan bila hujan akan berhenti.
Percayalah, semua ini akan berlalu, maka mengapa harus memikirkan sesuatu yang tak ada, namun suatu saat pasti akan hadir jua? Sedang hal itu hanya akan membuat kita kehilangan keindahan hari ini kerana mencemaskan sesuatu yang belum pasti.
Saat engkau memiliki sebuah pekerjaan dan mendapatkan penghasilan, meski tak sesuai dengan yang kau inginkan, mengapa mesti kesal dan membayangkan pekerjaan ideal yang jauh dari jangkauan? Padahal kalau saja kau nikmati apa yang kau miliki, tentu akan lebih mudah menjalani. Maka nikmatilah, kerana boleh jadi saat kau dapatkan apa yang kau inginkan, ternyata tak seindah yang kau bayangkan. Maka nikmatilah, kerana boleh
jadi saat sudah kau lepaskan, kau akan menyesal, ternyata begitu banyak kebaikan yang tidak kau lihat sebelumnya. Ternyata begitu banyak keindahan yang terlewat tak kau nikmati.
Maka nikmatilah, dan jangan habiskan waktumu dengan mengeluh dan menginginkan
yang tidak ada. Maka nikmatilah, kerana suatu saat, semua ini pun akan berlalu. Maka nikmatilah, jangan sampai kau kehilangan nikmatnya dan hanya mendapatkan getirnya saja. Maka nikmatilah dengan bersyukur dan memanfaatkan apa yang kau miliki dengan
lebih baik lagi agar besok menjadi sesuatu yang berguna. Maka nikmatilah kerana ia akan menjadi milikmu apa adanya dan hanya saat ini saja. Sedang besok bioleh jadi semua telah berganti.
Jika hari ini engkau menderita, maka nikmatilah, kerana ini pun akan berlalu, jangan biarkan dia pergi, kemudian ketika kau harus lebih menderita suatu saat nanti, engkau tidak sanggup menahannya. Maka nikmatilah rasa sedihmu, dengan mengenang kesedihan yang lebih dalam yang pernah kau alami. Dengan membayangkan kesedihan yang lebih memeritkan pada hari akhir nanti jika kau tak dapat melewati kesedihan kali ini.
Dengan menemukan penghapus dosa pada musibah yang kau alami kini. Maka nikmatilah rasa resahmu, dengan betafakkur lebih banyak atas permasalahan yang kau hadapi. Dengan memikirkan kedewasaan yang kan kau gapai atas resah dan galau itu. Dengan kematangan yang akan kau miliki setelah berhasil melewati semua ini. Maka
nikmatilah rasa marahmu, dengan kemampuan mengendalikan diri. Dengan memikirkan penggugur dosa yang kan kau dapatkan. Dengan mendapatkan kemenangan atas diri pribadi yang tak semua orang dapat lakukan.
Maka nikmatilah, dengan berfikir positif atas apa pun yang kau jalani, atas apapun yang kau hadapai, atas apapun yang kau terima, kerana dengan begitu engkau akan bahagia. Maka nikmatilah, kerana ini pun akan berlalu jua. Maka nikmatilah, kerana rasa puas dan syukur atas apa yang telah kita raih akan menghadirkan ketenteraman dan kebahagiaan. Sedang ketidakpuasan hanya akan melahirkan penderitaan. Maka nikmatilah, kerana ini pun akan berlalu. Maka nikmatilah, agar engkau tidak kehilangan hikmah dan keindahannya, saat segalanya telah tiada. Maka nikmatilah, agar tak hanya derita yang tersisa saat semua telah berakhir jua.
Posted by Mawar_Sufi87 at 11:50 AM
Labels: MUTIARA KATA