Sunday, July 26, 2009

SALAM UKHUWAH DARI ELHAM PRODUCTION



BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah inayah-Nya, akhirnya Kumpulan ELHAM berjaya diwujudkan dan berjaya menghasilkan Laman webnya tersendiri. (http://www.elhamproduction.blogspot.com). Pada jumaat jam 3.00-4.00 ptg lalu (24 JULAI 2009) alhamdulillah sesi pengambaran ELHAM turut selesai bagi dimuatkan ke dalam laman ini. Sedikit lagi makluman, kumpulan ELHAM menerima tawaran dan jemputan dari seluruh pelusuk MAJLIS tanpa sebarang harga yang ditetapkan.. Ianya adalah bagi mempromosikan kumpulan ini kepada anda semua dan bagi mengumpul dana kepada kami untuk menghasilkan album pertama kami sendiri insya'allah.. Jika anda ingin menjemput kami untuk membuat persembahan di tempat anda boleh SMS ke nombor 014-5162091 (Nik Mohd Syamim a.k.a. Pengurus artis ELHAM).. Insya'allah persembahan kami yang terdekat ini adalah TALK SHOW di Qaryah Ramadhan, di sepanjang Bulan ramadhan bertempat di STADIUM MUHAMMAD IV, Kota Bharu Kelantan.. Semua di jemput hadir.. ELHAM juga merupakan anak didik kepada kumpulan Are-Buddy. Dua dari ahli kumpulan ini merupaka ex-student MADA iaitu saudara Firdaus dan Hasbi. ELHAM juga merupakan artis ke tiga bawah BALADI selepas AREBUDDY & ADVICE..

Tuesday, July 7, 2009

TANDA-TANDA ALLAH CINTA PADA KITA

Sesungguhnya apabila ALLAH mencintai hamba-Nya, ia dapat dilihat dengan jelas dan dirasa melalui hati yang bersih. Ketika ALLAH mencintai seorang hamba, maka jatuhlah kedalam hati hamba itu ilham suci yang membuat dia mengenali tanda kecintaa-Nya. Ada beberapa tanda yang boleh dirasa oleh hati manusia, antaranya :

Tanda Allah Mencintai Seseorang Ialah Apabila Dia Menjadi Begitu Berminat Dengan Ibadah.

Adakalanya sesetengah orang yang berusaha sekuat-kuatnya untuk beribadah, hatta melebihi kapasiti diri sebagai insan lemah. Tujuannya hanya satu iaitu mencintai ALLAH. Tapi ibadahnya seolah-olah kosong tanpa rasa,tawar tiada kemanisannya,semangat imannya maju & mundur, turun dan naik akhirnya tenggelam dipukul arus dunia. Ketika beribadah semestinya seseorang mampu menghadirkan keyakinan bahawa saat itu ALLAH mencintai dirinya. Pernahkah kita menikmati sujud yang panjang sambil menghadirkan dalam hati bahawa saat itulah ALLAH mengishtiharkan nama kita sebagai orang yang dicintai-Nya?

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : " Jika ALLAH mencintai seorang hamba maka ia berfirman : Wahai Jibril sesungguhnya aku mencintai si polan maka cintailah dia." ( Riwayat Imam Ahmad )

Maka orang yang yakin bahawa ALLAH mencintai dirinya tidak pernah rasa was was adakah ibadahnya diterima atau tidak?Jauh sekali rasa takbur kerana dia yakin yang menolongnya untuk melakukan ketaatan adalah ALLAH juga. Bukan kerana kehebatan atau kewarakan, melainkan ALLAH yang menuntun ke jalan taqwa. Kemudian dia sampai kepada satu makrifah mendalam mengenai ALLAH iaitu cinta ALLAH kepada hamba-Nya jauh lebih agung daripada cinta sesama insan. Manusia boleh mengkhianati ibu bapa nya @ anak & isterinya, kawan @ kekasih atas alasan tidak mendapat keuntungan daripada perhubungan itu. Tetapi cinta ALLAH kekal tidak pernah luntur walaupun dicabar oleh sepak terajang hamba derhaka.



Tanda Allah Mencintai Seseorang Ialah Apabila Maksiat Membuat Dia Bangkit Mendekati Allah.

Adakalanya dosa boleh mendatangkan manfaat iaitu apabila dosa itu akhirnya membawa kepada keinsafan,taubat & istighfar. Kemudian seseorang bangkit mengejar ALLAH, berusaha mendapatkan hatinya yang hilang di belantara maksiat. Ia sama sekali tidak berputus asa daripada rahmat ALLAH. Ia sentiasa mengingati janji ALLAH Yang Maha Pengampun. Firman ALLAH bermaksud : " Katakanlah : Wahai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri,jangan kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH. Sesungguhnya ALLAH mengampuni semuanya. Sesungguhnaya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kepada tuhan mu dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat di tolong lagi." ( Surah Al-Zumar , Ayat 53-54 )

Janganlah kerana dosa semalam seseorang menyangka Allah tidak sudi mendengar rintihannya, terputus tali langit dihatinya,tertolak segala doanya dan terusir dia daripada pandangan ALLAH. Rasulullah SAW bersabda bermakud : " Demi Tuhan yang diriku berada dalam genggaman-Nya. Seandainya kamu tidak berdosa nescaya ALLAH akan mematikan kamu. Kemudia ALLAH akan mendatangkan satu kaum yang melakukan dosa dan mereka memohon keampunan kepada ALLAH lantas ALLAH mengampuni mereka. " ( Hadis Riwayat Imam Muslim ).

Hamba yang taat apabila perangainya berubah menjadi iblis pun Tuhan tetap menunggu, di setiap malam rintihan hamba itu diintip hingga ia pulang kembali ke sisi-Nya.Saat ALLAH mencintai seseorang,tempat pertama menerima sentuhan cinta itu ialah hati mereka.Disitulah ALLAH lenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka kemudian diganti dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan bersih.Hati kita seeloknya selalu berbisik : " Aku tahu bila ALLAH mencintaiku,iaitu saat aku membenci segala kejahatanku."



Tanda Allah Mencintai Seseorang Hamba Ialah Apabila Di Lapangkan Dadanya Menerima Ilmu Menjadi Petunjuk Ke Jalan Yang Benar.

Allah tidak sesekali membiarkan seseorang insan terkapai-kapai dalam lautan dosa. Bahkan di kirim ke atas hati manusia petunjuk hidayah-Nya supaya manusia terselamat daripada gelombang keganasan dirinya sendiri.

Baginda SAW bersabda bermaksud :
" Apabila Allah mencintai seseorang maka ia membuatnya faham mengenai agamanya."

( Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim )



SEKADAR RENUNGAN...KETIKA DIRI INI TERASA KERDIL..

MAKA NIKMATILAH..KERANA INI PUN AKAN BERLALU

Saat di depanmu terhidang nasi sayur atau tempe, mengapa mesti sibuk berandai-andai dapat makan ikan, daging @ ayam ala restoren? Padahal kalau saja kau nikmati apa yang ada tanpa berkesah, pastilah rasanya tak jauh beza. Kerana enak @ tidaknya makanan bergantung kepada rasa lapar dan mau tidaknya kita menerima apa yang ada. Maka nikmatilah, kerana jika engkau terus mengharap makanan yang lebih enak makanan yang ada di depanmu akan basi, padahal belum tentu besok engkau akan mendapatkan yang lebih baik daripada hari ini.

Saat engkau menemui udara pagi ini cerah, langit hari ini biru indah, mengapa sibuk mencemaskan hujan yang tak kunjung dating? Padahal kalau saja kau nikmati adanya tanpa kesah, pastilah kau dapat mengerjakan begitu banyak kegiatan dengan penuh kegembiraan. Maka nikmatilah, jangan malah resah memikirkan hujan yang tak kunjung tumpah. Kerana jika kau tak nikmatinya, maka saat tiba masanya hujan menggenangi tanahmu, kau pun kan kembali resah memikirkan bila hujan akan berhenti.

Percayalah, semua ini akan berlalu, maka mengapa harus memikirkan sesuatu yang tak ada, namun suatu saat pasti akan hadir jua? Sedang hal itu hanya akan membuat kita kehilangan keindahan hari ini kerana mencemaskan sesuatu yang belum pasti.

Saat engkau memiliki sebuah pekerjaan dan mendapatkan penghasilan, meski tak sesuai dengan yang kau inginkan, mengapa mesti kesal dan membayangkan pekerjaan ideal yang jauh dari jangkauan? Padahal kalau saja kau nikmati apa yang kau miliki, tentu akan lebih mudah menjalani. Maka nikmatilah, kerana boleh jadi saat kau dapatkan apa yang kau inginkan, ternyata tak seindah yang kau bayangkan. Maka nikmatilah, kerana boleh
jadi saat sudah kau lepaskan, kau akan menyesal, ternyata begitu banyak kebaikan yang tidak kau lihat sebelumnya. Ternyata begitu banyak keindahan yang terlewat tak kau nikmati.

Maka nikmatilah, dan jangan habiskan waktumu dengan mengeluh dan menginginkan
yang tidak ada. Maka nikmatilah, kerana suatu saat, semua ini pun akan berlalu. Maka nikmatilah, jangan sampai kau kehilangan nikmatnya dan hanya mendapatkan getirnya saja. Maka nikmatilah dengan bersyukur dan memanfaatkan apa yang kau miliki dengan
lebih baik lagi agar besok menjadi sesuatu yang berguna. Maka nikmatilah kerana ia akan menjadi milikmu apa adanya dan hanya saat ini saja. Sedang besok bioleh jadi semua telah berganti.

Jika hari ini engkau menderita, maka nikmatilah, kerana ini pun akan berlalu, jangan biarkan dia pergi, kemudian ketika kau harus lebih menderita suatu saat nanti, engkau tidak sanggup menahannya. Maka nikmatilah rasa sedihmu, dengan mengenang kesedihan yang lebih dalam yang pernah kau alami. Dengan membayangkan kesedihan yang lebih memeritkan pada hari akhir nanti jika kau tak dapat melewati kesedihan kali ini.


Dengan menemukan penghapus dosa pada musibah yang kau alami kini. Maka nikmatilah rasa resahmu, dengan betafakkur lebih banyak atas permasalahan yang kau hadapi. Dengan memikirkan kedewasaan yang kan kau gapai atas resah dan galau itu. Dengan kematangan yang akan kau miliki setelah berhasil melewati semua ini. Maka
nikmatilah rasa marahmu, dengan kemampuan mengendalikan diri. Dengan memikirkan penggugur dosa yang kan kau dapatkan. Dengan mendapatkan kemenangan atas diri pribadi yang tak semua orang dapat lakukan.

Maka nikmatilah, dengan berfikir positif atas apa pun yang kau jalani, atas apapun yang kau hadapai, atas apapun yang kau terima, kerana dengan begitu engkau akan bahagia. Maka nikmatilah, kerana ini pun akan berlalu jua. Maka nikmatilah, kerana rasa puas dan syukur atas apa yang telah kita raih akan menghadirkan ketenteraman dan kebahagiaan. Sedang ketidakpuasan hanya akan melahirkan penderitaan. Maka nikmatilah, kerana ini pun akan berlalu. Maka nikmatilah, agar engkau tidak kehilangan hikmah dan keindahannya, saat segalanya telah tiada. Maka nikmatilah, agar tak hanya derita yang tersisa saat semua telah berakhir jua.

Sunday, July 5, 2009

Rasulullah SAW. Dan Pengemis Yahudi Buta

Assalamualaikum W.B.T

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta, hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya" .

Setiap pagi Rasulullah s.a.w. mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah s.a.w. menyuap makanan yang dibawanya kepada pengemis itu, walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah s.a.w melakukannya hingga menjelang Nabi Muhammad s.a.w. wafat.

Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.
Suatu hari Abubakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah itu?", tanya Abubakar r.a. Setiap pagi Rasulullah s.a.w. selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.
Ke esokan harinya Abubakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abubakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abubakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "Siapakah kamu ?". Abubakar r.a menjawab, "Aku orang yang biasa".

"Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku" , jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abubakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah s.a.w.

Setelah pengemis itu mendengar cerita Abubakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abubakar r.a.


Semoga dapat menjadi contoh teladan bagi kita semua

Sumber dari Kisah kisah Teladan

Wednesday, July 1, 2009

JALAN MUJAHADAH


Jalan mujahadah
Menuju mahmudah
Tangganya licin dan berlumut
Basah dan berselut

Langkahnya mesti diatur awal
Gerak dicatur tangkas
Musuhnya tak pernah alpa
Siap siaga menerpa

Sunyi bukannya janji tenang
Hidup tidak mengundang senang
Ujiannya bagai air mengalir
Tiada noktah pengakhir

Masalah datang berulang
Godaan mengimbau di setiap ruang
Dalangnya nafsu yang tak mundur
Syaitan yang tak pernah tidur

Tiada perhentian buat berehat
Bukan di sini melepas penat
Hiburannya tenang hati di dunia
Bahagia hakiki di syurga

Kerana berjuang ertinya berkorban
Berkorban ertinya terkorban
Terkorban ertinya menderita
Derita asam garam perjuangan