Monday, November 15, 2010

LAPAR DAN KENYANG


Bismillahirrahmanirrahim..

Untuk renungan dan amalan bersama. 

Di dalam lapar ada 10 kebaikan dan dalam kenyang ada 10 kemudaratan. 

LAPAR : menjernihkan hati, mencerdaskan otak, dan menerangi pengelihatan hati
KENYANG : menyebabkan kebebalan, membuatkan hati buta 


LAPAR : merasai kelazatan berzikir kerana hati lembut dan bercahaya.
KENYANG : zikirnya hanya di lidah dan hati tidak merasa apa-apa, hatinya tertutup daripada cahaya Allah. 


LAPAR : menyebabkan hilang rasa angkuh dan ego. Di saat ini rasa kehambaannya pada Tuhan adalah memuncak,hatinya akan tenang.
KENYANG : tidak merasa kebesaran Allah, rasa ketuanan akan memenuhi hati. 


LAPAR : tidak melupai bala Allah. Orang yang berakal cerdas akan mengingati bala di Akhirat apabila melihat bala di dunia.
KENYANG : menyebabkan seseorang itu lupakan kelaparan dan lupa bala Allah. 


LAPAR : mematahkan hawa nafsu terhadap segala bentuk maksiat kerana lapar akan melemahkan nafsu.
KENYANG : mudah mengikut nafsu kerana kekenyangan adalah pintu kepada syaitan untuk masuk ke dalam hati manusia. 


LAPAR : kuranglah tidurnya dan mudah untuk bangun
KENYANG : akan merasa mengantuk kerana gas yang dihasilkan oleh pencernaan makanan Meruap ke otak.Otak kekurangan oksigen. 


LAPAR: mudah untuk mendapat khusyuk dalam ibadahkerana pintu godaan syaitan tertutup.
KENYANG : syaitan makan mengganggu ibadahnya menyebabkan ia tidak dapat menumpukan hatinya pada Allah. 


LAPAR : terhindar daripada banyak jenis penyakit kerana kebanyakan penyakit berpunca daripada kandungan makanan yang dimakan.
KENYANG : mengundang pelbagai jenis penyakit seperti diebetis,taun dan lain-lain. 


LAPAR : menjimatkan perbelanjaan di kala kegawatan ekonomi kerana dapat mengurangkan perbelanjaan terhadap makanan.
KENYANG : sudah tentunya memerlukan perbelanjaan untuk mendapatkan makan bagi tujuan ini sedang negara menghadapi krisis ekonomi yang hebat. 


LAPAR : menyemai rasa kasih sayang pada insan lain terutama fakir miskin dan anak yatim.
KENYANG : tidak merasai kesusahan orang lain seterusnya menyebabkan hilang kasih sayang di hatinya. 


Sahabatku sekalian,

Lapar merupakan tali yang mengikat nafsu. Ingatlah bahawa syaitan sentiasa berada dalam diri anak Adam dan berjalan melalui salur darah (arteri dan vena).
Dan saluran itu akan disempitkan untuk syaitan dengan berlapar dan haus. Cubalah menehan diri daripada terlalu banyak makan dan minum dengan cara berpuasa.
Berusahalah untuk membuktikan kasih dan sayang pada diri kita. Kasihilah akal, hati dan badan, agar anggota itu berfungsi dengan baik. InsyaAllah kita
akan dapat memberi kasih sayang pada orang lain dan.semoga NUR Allah akan menyinari hari-hati kita.

Berusaha, berjaya! wallahua’lam..

AQIDAH MENCORAKKAN AKHLAK

Sebagaimana yang disebutkan sebelum ini, nilai-nilai akhlak yang dipegang oleh seseorang dan sesuatu kebudayaan itu adalah hasil daripada aqidah dan gambaran tentang kehidupan itu. Nilai-nilai akhlak itu bergantung kepada bagaimana manusia memberikan jawapan kepada pertanyaan-pertanyaan yang asasi dalam hidup. Siapakah yang mencipta alam ini dan apakah tujuannya? Apakah tujuan manusia ditempatkan di bumi dan apakah tujuan dan matiamatnya yang sebenar? Jawapan-jawapan kepada persoalan asas mengenai kehidupan ini akan menentu dan mencorak nilai-nilai akhlak yang dimiliki oleh seseorang atau sesuatu kebudayaan.
Oleh kerana terdapat berbagai- bagai jawapan kepada persoalan tersebut, maka terdapat berbagai sistem nilai di dalam masyarakat manusia yang mencorakkan berbagai sikap dan tingkahlaku yang membentuk berbagai-bagai kebudayaan.

Al-Quran telah memaparkan berbagai golongan yang memberi jawapan berbeza kepada persoalan-persoalan asasi kehidupan yang membentuk konsepsi dan aqidah mengenai kehidupan ini. Terdapat aqidah orang-orang beriman, aqidah orang-orang kafir, aqidah orang-orang fasik dan aqidah orang-orang munafiqin.

Aqidah orang-orang beriman dinyatakan dalam al-Quran sebagai orang-orang yang beriman kepada Allah S.W.T, kepada Rasul-Nya, kepada keagungan Allah yang mencipta dan memiliki alam ini. Mereka yakin kepada hari akhirat, yakin bahawa kejadian Allah tidak terbatas kepada alam lahir sahaja dan kejadian Allah itu tidak terbatas dalam lingkungan yang dapat diketahui oleh manusia. Kerana itu mereka percaya kepada kejadian Allah yang ghaib, seperti malaikat, gyurga, neraka dan adanya makhluk-makhiuk Allah yang lain yang tidak diketahui oleh manusia dan pengetahuan manusia tidak menjadi syarat bagi menentukan sesuatu kejadian Allah harus ada atau tidak ada. Allah S.W.T bebas mengikut kehendak-Nya, untuk mencipta atau tidak mencipta sesuatu yang ada di dalam ilmu-Nya.

Aqidah ini menyebabkan orang-orang beriman sentiasa bergantung harap kepada Allah S.W.T dan tidak bergantung harap kepada yang lain daripada-Nya. Tujuan hidup manusia di dunia ini ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T. dan setiap tindak tanduk dan kelakuan serta tindakannya adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. Keredhaan Allah dan beribadat kepada Allah S.W.T. menjadi tumpuan dan pemusatan setiap aspek kegiatannya.

Pergantungan semata-mata kepada Allah memberikan kepada seorang mu’min itu kebebasan dan tidak terikat kepada mana-mana kuasa lain daripada Allah S.W.T. Daripada perasaan inilah tercetusnya pengakuan seorang muslim bahawa “Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah S.W.T.”
Manusia beriman yang sebenarnya, tidak mungkin menyembah kepada yang lain daripada Allah S.W.T., tidak mempeduangkan sesuatu yang dicipta oleh mana-mana kuasa selain dadpada yang ditentukan di dalam agama Allah S.W.T. Allah S.W.T. bagi mereka adalah Tuhan Yang Maha Sempuma, Maha berkuasa dan kepada Dialah tumpuan segala ibadah dan segala yang baik sama ada niat dan amalan. Lihatiah bagaimana pendirian yang bebas, tegas dan berani yang ditunjukkan oleh seorang mu’min yang sejati Rab’i bin Amir ketika berhadapan dengan raja Rum, yang bermaksud:
“Allah sesungguhnya mengutus kami untuk membebaskan sesiapa yang dikehendaki-Nya daripada menyembah sesama hamba kepada menyembah hanya kepada Allah, daripada kesempitan dunia kepada keluasannya dan keluasan akhirat daripada kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam.”

Seorang mu’min berjiwa bebas, tetapi bukan sebagai debu berterbangan di udara. Kebebasan seorang mu’min sentiasa mendapat panduan dan bimbangan. Justeru itu ia tidak berkelana dan hidup tanpa tujuan. la sentiasa bergerak bebas dengan memiliki peta yang menunjukkan haluan pergerakan dan perjalanannya. la sentiasa bertindak mengikut petunjuk Allah dan berpandu kepadanya.

Seorang mu’min berperasaan halus dan berhati lembut kerana keyakinannya bahawa ia adalah hamba kepada Allah S.W.T. Segala perbuatannya akan dinilai dan dihitung serta diberikan balasan atau ganjaran dengan adil dan saksama. Wawasannya, tidak semata-mata untuk mendapatkan habuan dan ganjaran di dunia, tetapi juga di akhirat. Tentunya, ganjaran di akhirat adalah lebih baik dahapda di dunia. Kerana itu, ia sanggup mengorbankan kurniaan Allah di dunia, untuk mendapatkan kurniaan Allah di akhirat.

Aqidah dan pandangan hidup yang asas ini, memancarkan nilai-nilai yang murni dalam jiwa orang-orang beriman. Nilai-nilai ikhias untuk Allah S.W.T. dan tidak tunduk beribadah melainkan kepada Allah S.W.T adalah merupakan nilai yang agung yang membentuk akhlak yang murni dan jiwa yang luhur dalam kehidupan orang-orang beriman. ]a membentuk akhlak terhadap Allah S.W.T. dan akhlak terhadap sesama manusia.
Hubungan manusia dengan Allah S.W.T dan kelakuannya terhadap Allah S.W.T. ditentukan mengikut nilai-nilai aqidah yang ditetapkan. Begitu juga akhlak terhadap manusia dicorakkan oleh nilai-nilai aqidah seorang muslim, sepertimana yang ditetapkan didalam al-Ouran yang merupakan ajaran dan wahyu daripada Allah S.W.T Pergaulan manusia dengan manusia tidak boleh disamakan dengan perhubungan manusia dengan Allah S.W.T.

Aqidah dan pegangan seorang beriman berbeza dengan aqidah dan pegangan seorang kafir. Justeru itu nilai-nilai dan akhlak juga berbeza. Al-Quranmemaparkan aqidah dan pegangan orang-orang kafir dalam berbagai kategori, justeru terdapat berbagai bentuk kekufuran yang beriaku di kalangan umat manusia. Antara kekufuran yang beriaku disebabkan mereka menolak ajaran yang benar yang dibawa oleh utusan Allah S.W.T. dan mereka menafikan kerasulan utusan itu. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“Maka berkata pembesar-pembesar yang kafir itu dari kalangan bangsanya, ini tidak lain daripada manusia seperti kamu. ]a hendak menonjoikan diri supaya lebih daripada kamu. Jika Allah hendak turunkan utusan, Dia akan turunkan malaika t Kita tidak mendengar dati bapa -bapa kita yang terdahulu mengenai ini (utusan Allah dari kalangan manusia)”. (al-Mu’minun: 24)

Kekufuran juga beriaku kerana tidak percayakan hari akhirat. Kerana percaya bahawa tidak ada kehidupan selepas mati, mereka hidup berfoya-foya di dunia ini tanpa memikirkan seksaan di akhirat. Bagi mereka seperti yang dinyatakan oleh al-Quran “kehidupan ini cuma di dunia”. Manusia dilahirkan dan kemudian mati, mereka tidak dibangkitkan kembali, seperti kata mereka yang bermaksud:
“Kehidupan kita tidak yang lain daripada kehidupan di dunia. Daripada tiada kita ada dan hidup. Apabila mati kita tidak dibangkitkan lagi.”
Maksudnya:
“Dan berkata pembesar-pembesar dari bangsanya yang kafir dan mendustakan kehidupan akhirat dan kamijadikan berfoya-foya dalam kehidupan mereka di dunia, orang ini, hanyalah seorang manusia seperti kamu. fa makan dari apa yang kamu makan dan minum dari apa yang kamu minum”. (al-Mu’minun: 33)

Kekufuran juga beriaku disebabkan sifat bongkak dan sombong serta ingkar kepada perintah Allah dan angkuh terhadapnya. Allah berfirman mengenai kekufuran Iblis yang bermaksud:
“Dan ketika kami berkata kepada malaikat sujudiah kepada Adam. Mereka pun sujud, kecuali lblis. la ingkar dan takabur dan ia daripada orang-orang kafir.” (al-Baqarah: 34)

Aqidah orang-orang kafir yang sombong terhadap Allah S.W.T, yang tidak percaya kepada para rasul yang diutus oleh Allah dan ajaran-ajaran yang mereka bawa, yang tidak percaya kepada hari akhirat dan tidak patuh kepada hukum-hukum Allah dengan ingkar kepada hukum-hukum itu, membentuk nilai-nilai kelakuan dan cara hidup yang menjurus ke arah kehidupan yang tidak berakhlak mulia dan luhur. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
“Dan orang-orang yang kafir meni’mati kesenangan didunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang temak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka.” (Muhammad: 12)

Mereka tidak mempunyai matiamat yang murni dan abadi dalam kehidupan mereka. Kehidupan ini bagi mereka mencari makan, mencari harta dan berfoya-foya semata-mata untuk di atas dunia ini. ltulah sahaja kehidupan mereka. Selain dadpada itu, tiada matiamat yang jauh yang hendak dituju. Pandangan dan cara hidup mereka ini, sudah tentu mempengaruhi pembentukan akhlak mereka yang pincang dan bercelaru.

Satu lagi aqidah kekufuran yang berbahaya ialah munafiq yang “pepat di luar rencung di dalam,’ “telunjuk lurus kelingking berkait.’ Bahaya kekufuran ini sangat dahsyat kerana sikap pemusuhan dan dendam mereka terhadap orang-orang yang beriman. Gambaran mengenai aqidah mereka penuh dengan gambaran kepura-puraan. Mereka mengaku beriman, tetapi mereka sebenarnya tidak beriman. Mereka berpura-pura percaya kepada Nabi s.a.w. yang diutus oleh Allah S.W.T. tetapi dalam hati mereka benci dan memusuhi baginda. Mereka memandang rendah kepada ajaran Nabi s.a.w. dan sering mempertikaikan ajaran itu. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
“Dan di kalangan manusia ada yang berkata kami beriman dengan Allah dan Hari akhirat Pada hal mereka bukan datipada orang-orang beriman.” 

Aqidah munafiqin, melahirkan sifat-sifat dan kelakuan-kelakuan keji yang mewakili akhlak yang buruk. Untuk menyembunyikan kekufuran, mereka berdusta, memutar belitkan kebenaran, memungkir janji dan mengkhianati amanah. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Tiga perkara yang sesiapa yang mempunyainya di dalam diri maka ia adalah munafiq. Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji tidak dikotakan apabila diberi amanah ia khianat. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Salam muhasabah..Renungan bersama...

Sunday, April 25, 2010

Insan, Ingatlah

INGATLAH INSAN

Buku ini bertujuan memperingatkan pembaca tentang hakikat yang maha besar bahawa kita mempunyai hanya SATU PELUANG untuk menyediakn bekalan yg secukupnya utk kehidupan selepas kematian. Tidak ada peluang kedua!

Antara petikan yg aku ingat dari dlm buku ni ialah perbicaraan tanpa jurubahasa ...yg mana dlm mahkamah ALLAH di akhirat kelak, ALLAH sendiri akan menjadi pendakwaraya yg membacakan setiap dakwaan tanpa melalui pihak kedua(malaikat). ALLAH bertindak jadi hakim yg mengadili setiap perbicaraan, dgn soalan yg amat terperinci sehingga perkara yg terlalu kecil pun tidak akan terlepas...

Bayangkanlah setiap org akan didakwa.Kita ni bukan sorang dua....berbillion2 manusia..Brp lama ahli mashsyar menunggu giliran, setelah 300 tahun manusia dibiarkan oleh ALLAH di padang mahsyar."MATI" suatu peringatan yg berharga.

Rasulullah s.a.w. mengakui bahawa umat manusia mempunyai banyak kelemahan, antara kelemahan yang paling ketara ialah tidak sepi dari sifat lalai dan lupa. Justeru insan amat memerlukan bimbingan dan peringatan, kerananyalah Allah Taala telah memutuskan para rasul a.s. bagi menerima wahyu, kerana wahyu itulah yang diperlukan oleh manusia sebagai petunjuk dan peringatan bagi membantu mengatasi kelemahan sifat manusia seperti yang disebut di atas.

Firman Allah Taala bermaksud:

"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman." (Surah Adz-Dzariat ayat 55)

Lantaran para rasul itu sebagai peneriman wahyu yang mengandungi petunjuk dan peringatan, maka manusia perlu mendampinginya dan beriman dengannya, kerana petunjuk dan juga peringatan dari wahyu Allah itu hanya akan berguna kepada mereka yang beriman sahaja, sebagaimana yang dijelaskan oleh ayat 55 surah adz-Dzariyat itu tadi.

Petunjuk dan peringatan wahyu Allah SWT itu laksana air yang akan menyuburkan tanaman, air akan mendatangkan faedah hanya kepada tanah yang subur, jika air disiram ke atas batu pejal pasti tidak akan mendatangkan sebarang kesan. Demikian juga petunjuk dan peringatan Allah SWT, ia hanya akan berguna apabila segala nasihat dan peringatan itu jatuh ke lembah hati yang lembut. Hati yang keras sama dengan batu pejal yang tidak mungkin diresapi air, oleh itu hati yang keras tidak mungkin dapat manfaat dari petunjuk dan peringatan wahyu itu.

Batu pejal terlalu keras tetapi hati yang keras ada kalanya lebih keras dari batu yang pejal, batu yang keras lama-kelamaan akan lekuk jika dititis air terus menerus, tetapi hati yang keras kadangkala tidak mendapat manfaat dari kehadiran para rasul a.s., sekalipun rasul itu didatangkan dari kaum keluarganya sendiri sebagaimana Fir'aun tidak mendapat faedah dari kenabian Musa a.s. walaupun Nabi Allah itu dibesarkan di dalam istana Fir'aun itu sendiri. Begitu juga Abu Jahal walaupun Nabi Muhammad dari kaum kerabatnya sendiri namun hati Abu Jahal tetap berkeras dan menolak wahyu Allah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

Hati memainkan peranan penting dalam menentukan keperibadian seseorang, sama ada ia akan menjadi insan yang baik dan berguna atau sebaliknya. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam diri seseorang itu ada seketul daging, jika baik ia maka baiklah seluruh anggota, dan jika rosak ia maka rosaklah seluruh anggota. Ketahuilah bahawa ia adalah hati."

Hati manusia telah dicipta oleh Allah Taala mempunyai keupayaan untuk memiliki sifat-sifat yang baik iaitu sifat 'mahmudah', seperti lemah-lembut, sabar, insaf, simpati, pemurah, penyayang, belas kasihan dan seumpamanya. Bagaimanapun ia perlu diasuh dengan bersungguh-sungguh untuk menyubur dan merawat sifat-sifat mahmudah itu, kerana hati manusia itu sering menjadi sasaran makhluk jahat iaitu iblis. Jika dibiarkan makhluk jahat itu menguasai hati, pasti akan rosak binasa, jika hati sudah rosak maka rosaklah seluruh anggota sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. itu.

Hati boleh dipimpin dan disedarkan hanya dengan ilmu yang berteraskan wahyu, kerana hanya ilmu tersebut sahaja yang bersumberkan tauhid iman dan aqidah. Tanpa wahyu Allah Taala pasti manusia tidak akan mengetahui hal-hal yang abstrak iaitu perkara-perkara ghaib, seperti rahsia di sebalik kematian, alam barzakh dan juga hari qiamat.

Setiap muslim yang sentiasa mendalami wahyu Allah Taala pasti mempunyai keyakinan bahawa setiap insan pasti menghadapi saat kematiannya, mereka tidak ragu bahawa setiap insan akan dihidup dan dibangkitkan semula, mereka akan menghadapi suatu rangkaian hidup yang abadi. Bermula dengan datangnya ajal dan diikuti babak peristiwa alam barzakh, iaitu suatu kehidupan di alam kubur yang penuh dengan berbagai pancaroba, hingga menemui hari kebangkitan di Mahsyar dan alam akhirat, bagi menentukan kesudahan hidup seseorang sama ada akan menjadi ahli syurga atau neraka.

Peristiwa di alam barzakh bagi orang-orang yang beriman dan berbekalkan amal yang soleh dan ketaqwaan yang unggul, akan merasai suatu kerehatan yang damai, sementara menunggu datangnya hari kebangkitan. Tetapi bagi manusia yang ingkar yang sarat dengan beban dosa, maka alam barzakh itu merupakan episod ngeri yang dipenuhi azab sengsara, menjelang suatu kesengsaraan dan azab yang lebih besar akan dirasai ketika di mahsyar kelak.

Oleh kerana iktiqad orang yang beriman meyakini adanya kehidupan selepas mati itu, maka tidak dapat tidak manusia mesti mengetahui hal-hal yang berkait dengannya. Rasulullah telah memberitahu melalui mutiara sabdanya mengenai alam barzakh dan alam akhirat, yang semua itu mesti difahami dan diambil pengertian secara bersungguh-sungguh. Apabila tiba saatnya melalui alam tersebut, maka tidaklah terlalu terkejut dan terpinga-pinga seperti seorang yang terjebak dalam mimpi ngeri.

Terutama di akhir zaman ini semakin kurang atau amat sedikit dari kalangan manusia yang bercakap tentang kematian, alam barzakh dan seterusnya hari mahsyar. Kerana manusia sedang membangun dunianya, kebanyakan mereka dilalaikan oleh kesenangan, keindahan dan kelazatan dunia yang sementara. Sesungguhnya mereka yang memburu kesenangan duniawi ini bagaikan memburu bayang yang bergerak, sehingga kehabisan umur dan kematian pun tiba. Akhirnya mereka terkejut besar apabila Malaikat maut datang dengan mengejut untuk mencabut nyawanya, kerana tiada sebarang persiapan atau bekalan untuk menghadapi suatu perjalanan yang jauh.

Saiyidian Ali r.a. pernah berkata: "Bahawa manusia itu tidur lena, apabila kematian tiba baru dia terjaga dari tidurnya." Demikianlah orang yang tidak mengingati mati itu sentiasa dalam lalai atau bagaikan orang yang tertidur lena, dia akan terkejut ketika kematian tiba secara mendadak.

Berbeza dengan orang yang hatinya sentiasa mengingati mati atau tazkiratul maut, maka kematian itu bagi mereka ibarat sebuah jambatan untuk menuju kepada suatu pertemuan dengan Allah SWT yang sering disebut dan mengingatinya. Sebagaimana kisah Nabi Ibrahim Khalilullah yang didatangi oleh malaikat maut.

"Apakah ana hendak mengambil nyawaku?" tanya Nabi Ibrahim kepada Izrael.

"Benar", jawab malaikat maut.

"Tidakkah anda tahu bahawa aku adalah Khalilullah (kekasih Allah), yang selalu didampingi dan mendampingi-Nya? Adakah menasabah seorang kekasih hendak mengambil nyawa kekasihnya?"

Dengan kata-kata Nabi Ibrahim a.s. itu maka malaikat maut kembali semula mengadap Allah SWT, lalu Allah perintah Izrael supaya menemui Nabi Ibrahim dengan membawa pesanan dari Allah. Malaikat maut pun berkata kepada Nabi Ibrahim: "Justeru dengan kematian itu, bererti Allah Yang Maha Pengasih telah menjemput kekasih-Nya agar datang menemui-Nya." Dengan penjelasan malaikat maut itu maka Nabi Ibrahim a.s. amat gembira menghadapi kematian itu.

Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Hendaklah kamu membanyakkan ingat akan perkara yang boleh meleburkan kelazatan hidup," bertanya Abu Hurairah: "Apakah yang boleh meleburkan kelazatan hidup itu?" Jawab Rasulullah: "Zikrul maut" iaitu mengingati akan mati.

Kelazatan dunia merupakan penyumbang terbesar terhadap sifat lalai manusia, lalai dalam solat juga berpunca dari kelazatan dunia, dan manusia yang sedang diuliti oleh kesenangan dan kelazatan dunia pasti tidak ingin didatangi maut, kerana baginya maut adalah noktah kepada kesenangan yang sedang dikecapi di dunia ini.

Kematian menyebabkan dia rugi besar, segala kekayaan dan pangkat kebesaran akan berakhir secara mendadak, isteri atau suami disayangi terpaksa ditinggalkan, kemewahan yang melazatkan hidup akan berpindah milik kepada para waris, orng akan bersenang lenang mendapat harta pusaka tetapi dia kesepian di dalam kubur. Lantaran itu dia tidak ingin mati malah sesetengahnya ada yang benci akan kematian.

Sesungguhnya mencintai kelazatan dunia itu boleh menyebabkan manusia tidak ingat akan kematian, padahal kematian itu pasti datang sama ada dia ingat atau lupa kepadanya, sama ada dia benci atau suka kepada mati. Justeru kematian adalah suatu permulaan kepada kehidupan yang sebenar, iaitu hidup yang tidak akan disudahi dengan kematian.

Oleh kerana kehidupan selepas mati ibarat suatu perjalanan yang jauh yang memakan masa lama. Menyedari hakikat itu pasti insan memerlukan suatu persiapan yang mencukupi dan sempurna, orang yang lalai tidak pernah memikirkan persiapan menghadapi mati. Bayangkan jika secara tiba-tiba seseorang itu terlantar di padang pasir yang tandus, bila dahaga telah mencekik kerongkongnya lantas diapun terbayang mustahaknya air, tetapi baru dia sedar bahawa sedikitpun dia tidak mempunyai bekalan air itu.

Orang sering bercakap tentang rakan atau sahabat mereka yang telah kembali menyahut seruan Ilahi, si pulan telah mati dan si anu telah mati, tetapi sayangnya jarang sekali dia memikirkan bilakah kematian itu akan sampai kepada giliran dirinya. Sebelum mati itu datang, apakah persiapan yang telah dibuat?

Justeru, mati itu adalah suatu peringatan yang berguna kepada manusia.

DIPETIK DARI BUKU INSAN,INGATLAH KARANGAN TOK GURU NIK AZIZ
Tags: insan ingatlah
Prev: RENUNGAN
Next: Tazkirah senja
Insan, Ingatlah - Nik Abdul Aziz Nik Mat