Wednesday, November 25, 2009

SALAM AIDILADHA 1430 H



Assalamualaikum,ana ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya ‘Aidiladha buat semua kaum muslimin dan muslimat.
Semoga hari yang bersejarah ini,dapatlah kita kembali merenung dan menghayati pengorbanan yang telah dilakukan oleh salah seorang Rasul kita, Nabi Ibrahim (a.s)dan anaknya,Nabi Ismail (a.s) demi cinta dan kasihnya pada Allah Ta’ala...
Sama2 lah kita bermuhasabah diri & memahami sejauh mana kita telah melakukan pengorbanan terhadap diri,sesama saudara se-islam (jauh dan dekat)dan paling penting kepada Allah Rabbul Jalil,Pemilik seluruh alam.
Saya doakan anda semua sempena hari mulia yg bakal tiba, moga anda semua diberikan-NYA keberkatan, kerahmatan, keampunan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.


Salam ‘Aidiladha..Maaf Zahir dan Batin.

Thursday, November 12, 2009

MEMORI SAHABAT

Semalam adalah suatu kenangan hari ini adalah suatu kenyataan manakala esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam hemdaklah kita simpan buat pedoman di hari depan dan kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi dengan tabah tetapi kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok yang merupakan suatu penyeksaan.

Sahabat,

Tidak mudah mencari,

Sahabat seperti kalian,

Teman Penghibur Ketika Duka,

Sahabat,

Aku ingin kemesraan ,

serta senyum keramahan,

Biar ia kekal berterusan,

Tak hilang di tengah jalan,

Sahabat,

Kenangkan Sebuah Perpisahan

Kerana di situ tercipta kerinduan,

Sahabat, kenangkan kedua2 nya kerana disitu

Terciptanya Kemesraan antara kita

Sahabat,

Maaf jua ku pinta,

Andai selama persahabatan ini pernah kalian terluka,

Mungkin Dengan SikapKu

Terima Kasih atas segalanya....

Walau Jauh Jarak itu, Kuntum kerinduan terhadap kalian

Tak pernah aku lupakan sahabat seperti kalian....

InsyaALLAH bertemu & berpisah hanya kerana Allah S.W.T.



""Setiap titis air mata yang terbit dari relung jiwa keinsafan akan menepis kabus kehidupan untuk menuju taman hidayah..hanya insan yg kembali pada jalan kebenaran akan merasai kemanisan IMAN..""