Thursday, November 12, 2009

MEMORI SAHABAT

Semalam adalah suatu kenangan hari ini adalah suatu kenyataan manakala esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam hemdaklah kita simpan buat pedoman di hari depan dan kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi dengan tabah tetapi kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok yang merupakan suatu penyeksaan.

Sahabat,

Tidak mudah mencari,

Sahabat seperti kalian,

Teman Penghibur Ketika Duka,

Sahabat,

Aku ingin kemesraan ,

serta senyum keramahan,

Biar ia kekal berterusan,

Tak hilang di tengah jalan,

Sahabat,

Kenangkan Sebuah Perpisahan

Kerana di situ tercipta kerinduan,

Sahabat, kenangkan kedua2 nya kerana disitu

Terciptanya Kemesraan antara kita

Sahabat,

Maaf jua ku pinta,

Andai selama persahabatan ini pernah kalian terluka,

Mungkin Dengan SikapKu

Terima Kasih atas segalanya....

Walau Jauh Jarak itu, Kuntum kerinduan terhadap kalian

Tak pernah aku lupakan sahabat seperti kalian....

InsyaALLAH bertemu & berpisah hanya kerana Allah S.W.T.



""Setiap titis air mata yang terbit dari relung jiwa keinsafan akan menepis kabus kehidupan untuk menuju taman hidayah..hanya insan yg kembali pada jalan kebenaran akan merasai kemanisan IMAN..""