Wednesday, October 28, 2009

SIFAT PEMAAF PENYELAMAT MANUSIA DI MAHSYAR

Assalamualaikum..sekadar perkongsian yang ana petik dari sebuah buku "Mati Sebagai Satu Peringatan" dan "Air Mata Mahsyar".Alhamdulillah sebuah panduan menuju hati yang tenang.

Insan sebagai makhluk Allah,bukan sahaja dilengkapi dengan akal fikiran,tetapi juga mempunyai perasaan.Ada kalanya manusia dipengaruhi perasaan saying,sehingga dia sanggup berkorban apa saja terhadap orang yang disayangi.Ada juga yang mempunyai rasa simpati,hingga mendorong seseorang itu membantu orang lain dengan tenaga dan wang ringgit.

Pada ketika yang lain manusia kadangkala dipengaruh perasaan marah, apabila perasaan marah memuncak boleh menyebabkan manusia bertindak luar batas, sehingga dia sanggup mencederakan,hatta mengorbankan jiwa orang lain dan juga jiwanya sediri sekalipun.

Berbagai perasaan anugerah dari Allah itu amat berguna kepada manusia sendiri, bukan sekadar perasaan sayang dan simpati sahaja yang berguna, malah perasaan marah juga tetap berfaedah kepada kehidupan manusia. Marah yng kena pada tempatnya adalah suatu kebaikan, malah ada kalanya dituntut oleh agama, kerana tanpa perasaan marah mungkin manusia akan menjadi dayus.

Namun begitu perasaan marah yang tidak terkawal, banyak mendatangkan bencana, menyebabkan permusuhan sesama insan. Untuk itu islam menganjurkan suatu sikap terpuji bagi mengatasi rasa marah yang disebabkan oleh sesuatu itu dengan sifat pemaaf.

Jika seseorang sudi memaafkan orang lain walaupun mungkin hatinya terluka akibat perbuatan buruk orang itu, maka sesungguhnya dia telah memilih langkah bijik bagi menyelesaikan dua perkara secara serentak.

Pertama dia telah menyelesaikan perselisihan antara dia dan orang yanh terlibat, dan keduanya dia berjaya memadamkan api kemarahan yang sedang membakar hatinya.

Di sisi islam, sifat pemaaf itu mempunyai nilai yang tinggi, oleh itu islam menganjurkan persaudaraan, sebagaimana yang dijelaskan:

 إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, oleh itu damaikan antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat
 (Surah Al-Hujurat ayat 10)

Bagaimanapun ia tidak mudah untuk dilaksanakan,realiti kehidupan menunjukkan permusuhan dan perseteruan terus melanda kehidupan manusia.Permusuhan antara individu,antara kumpulan,antara kaum dan antara negara.

Ada orang yang menyelesaikan pertelingkahan melalui mahkamah,ataupun melalui perundingan orang perantaraan,malah ada juga yang mengatasi krisis dengan kekuatan senjata melalui peperangan,meski pun tidak semua peperangan membuahkan kejayaan, namun apa yang pasti semua sengketa pasti menemui jalan penyelesaian.Jika didunia menemui jalan buntu,maka penyelesaian terakhir ialah dihadapan Qadhi Rabbul Jalil di hari mahsyar kelak.

Suatu hari Anas bin Malik r.a. serta ramai para sahabat yang lain duduk disisi Rasulullah, tiba2 mereka melihat Rasulullah tersenyum.Anas merasa hairan apabila Rasulullah S.A.W. tiba-tiba tersenyum gembira sehingga kelihatan gigi,lalu Anas bertanya :

“Apakah yang menyebabkan Rasulullah tersenyum gembira”

“Yang menyebabkan aku tersenyum kerana ada 2 orang dikalangan umatku di akhirat, keduanya merangkak di hadapan Allah SWT kerana minta diselesaikan kes yang melibatkan antara keduanya.

Seorang darinya merayu kepada Allah SWT : Wahai Tuhan,tolong aku balaslah terhadap orang ini,sesungguhnya dia sangat zalim dan telah menzalimi aku semasa di dunia dahulu,dengan berbagai-bagai perbuatan zalim.

Lalu Allah SWT memerintahkan orang yang zalim itu membayar ganti rugi,sebagai jalan penyelesaian untuk kes mereka berdua,tetapi orang yang zalim itu tidak dapat berbuat demikian,kerana tiada suatupun yang boleh untuk membayar kepada orang yang menuntut itu.

Orang yang berbuat zalim itu berkata : Dengan apakah aku hendak membayarnya, sedangkan tiada suatupun kebaikan yang tinggal padaku,kesemuanya telah habis dituntut oleh orang lain.
Ketika itu orang yang kena zalim itu minta agar orang yang zalim itu mengambil kejahatan dan dosa yang ada pada dirinya.

Pada ketika itu Rasulullah menitiskan air mata,Nabi menangis mengingati peristiwa mahkamah Allah yang sedang mendengar kes pengaduan kedua-dua umatnya yang sangat menyayat hati.
Lelaki yang melakukan kezaliman itu ingin membayar tuntutan tersebut,tetapi tidak terdaya kerana sudah tidak ada apa-apa yang tinggal untuk dirinya.” Jelas Nabi kepada Anas.

Lalu Rasulullah pun bersabda :

“Sesungguhnya itulah suatu hari yang sangat dasyat,sehingga sampai ke suatu peringkat manusia mencari orang lain untuk memikul dosanya.”

Di dunia manusia dengan sombong sanggup memikul dosa orang lain,meskipun sebenarnya manusia tidak akan mampu memikul walaupun hanya dosa mereka sendiri.

Ketika seorang dari dua orang yang berbalah di Mahsyar menuntut agar dosa mereka dipikul oleh orang yang menzaliminya,maka ketika itu Allah SWT memperlihatkan sebuah mahligai tersergam di dalam jannah.

“Tidakkah kamu melihat mahligai itu?” Ujar Tuhan kepada manusia yang sedang menuntut keadilan dari Tuhan terhadap taulannnya.

“Ya, saya nampak sebuah mahligai yang diperbuat dari emas dalam sebuah taman dari perak, untuk siapakah itu wahai Tuhan? Mungkinkah untuk nabi-nabi atau syuhada atau mungkin juga untuk golongan siddiqin?” Ujar orang itu.

“Mahligai itu untuk siapa saja asalkan mereka sanggup membayar harganya.” Jelas Tuhan.

“Jika demikian adalah mustahil saya dapat memilikinya, kerana saya tidak punya apa-apa di sini untuk membayar harga mahligai emas itu” ujar manusia itu.

“Justeru kamu masih berpeluang memilikinya, kerana kamu masih memiliki barang bernilai yang dapat membayar harga mahligai itu.”

“Bagaimana caranya?”Tanya orang itu kepada Tuhan penuh kehairanan.
“Iaitu sekiranya kamu sedia memaafkan rakan kamu dan tidak menuntutnya agar memikul dosamu.”Tuhan menjelaskannya.

Dengan melompat kegembiraan orang itu berkata : “Wahai Tuhanku,kalau begitu aku segera memaafkan dia,terhadap apa2 jua kezaliman yang telah dilakukan kepada saya,” ujar manusia itu dengan perasaan penuh gembira yang tidak terhingga.

Lalu Allah SWT memerintahkan malaikat agar membawa orang itu ke dalam mahligai yang terbina di sebuah jannah dari perak,kemudian Tuhan mengizinkan orang itu membawa bersama taulannya memasuki syurga itu.

Demikian Rasulullah S.A.W. menceritakan kepada Anas bin Malik suatu peristiwa di akhirat,melibatkan duaorang dikalangan umatnya yang berusaha untuk menyelamatkan diri dihari yang tiada pertolongan kecuali pertolongan Allah SWT.Satu kemaafan yang dapat menyelamatkan dirinya dan juga rakannya dari sengsara Mahsyar.

Justeru itu alangkah baiknya jika manusia memahami betapa perlunya seseorang itu mempunyai sifat toleransi dan pemaaf terhadap sesama manusia,kerana sifat pemaaf itu akan mendatangkan kebajikan kepada dirinya dan juga kepada orang yang diberi kemaafan.

Memaafkan orang lain dari kesalahan yang dilakukan terhadap dirinya,bererti dia menolong saudaranya dari beban dosa,sifat itu menjadi saluran rahmat Allah terhadap dirinya,sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.

Yang bermaksud :
Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak menyayangi kecuali kepada hamba-Nya yang penyayang,tidak mengampun kecuali terhadap hamba-Nya yang pengampun,dan tidak menerima taubat kecuali terhadap hamba-Nya yang sanggup memaafkan kesalahan saudaranya.”

Bagaimanapun kemaafan seseorang seseorang itu biarlah pada tempatnya,jika sentiasa pemaaf hatta setiap apa jua yang diperlakukan orang terhadap dirinya sehingga hilang marwah diri,akhirnya orang akan mengeksploitasi sikap itu sehingga hina dan hilang harga diri,maka pemaaf seperti itu tidak wajar.

Merendah diri dikalangan manusia memang suatu sifat terpuji,namun merendah diri tidak bererti menghina diri,kerana sikap itu adalah suatu kelemahan.Menghina diri itu bukan dari ajaran islam,kerana orang2 yang beriman itu adalah tinggi martabatnya disisi Allah

Firman Allah SWT :

وَلاَ تَهِنُوا وَلاَ تَحْزَنُوا وَأَنتُمُ الأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ
Yang bermaksud :

“Janganlah kamu merasa hina dan janganlah (pula) kamu bersedih hati padahal kamu orang2 yang paling tinggi (Derjatnya) jika kamu orang2 yang beriman”

 (Surah Ali-Imran ayat 139)



Sama-samalah kita bermuhasabah diri dan mengambil pengajaran dari kisah yang telah digambarkan Rasulullah kepada kita..Ana sentiasa berdoa agar sahabat2 dapat memaafkan kesilapan yang telah lalu..Sesungguhnya kekhilafan lalu cukup memberi pengajaran.

InsyaAllah,menjadi iktibar dan pengajaran buat diri ini,kerana pahit manis pengalaman mengajar kita erti kehidupan.



Salam kemaafan buat semua…..smoga Allah menyayangi hamba-Nya yang menyayangiNya dan Mengampuni dosa hambaNya yang pengampun.
Wallahua'lam.

Tuesday, October 27, 2009

SANTAPAN KULIAH

Assalamualaikum….

JUMAAT 23/10/2009
Salam sejahtera buat semua sahabat seperjuangan yang dikasihi Allah. Smoga berada dibawah kalungan nikmat iman & kesihatan yang baik sentiasa. Alhamdulillah,dengan nikmat kesihatan yang baik dan kekuatan untuk melangkah,ana berkesempatan untuk hadir ke kuliah pagi Tuan Guru pada jumaat lepas.Maklumlah,2 minggu lepas sudah ketinggalan,erm rugi nya rase…Alhamdulillah,ade program2 sebegini,terisi lah juga hari minggu dengan ilmu yang bermanfaat, lebih2 lagi di pagi jumaat yang mulia Sayyidul Ay-Yam. InsyaAllah keberkatan akan mengiringi, usaha, ilmu, dan dakwah yang dilontarkan oleh para ulama,moga terkesan dihati kita yang mendengar dan yang memahami akan  isi kandungan nya, insyaALLAH.

KULIAH PERTAMA


Alhamdulillah,awal pagi tersebut,kuliah pertama telah disampaikan oleh Ustaz Abdullah Ya'kub (Adun Air Lanas )..Tajuk yang menjadi pilihan adalah “Institusi Kekeluargaan”.
Disini,Yang berbahagia Ustaz telah mengulas sedikit sebanyak mengenai Garis Panduan yang telah di ajar oleh Rasulullah SAW. dalam menentukan jatuh bangun sebuah Institusi Keluarga..bukan sahaja dari aspek duniawi,bahkan mencakupi seluruh aspek kehidupan dunia & akhirat…iman & taqwa.
  • Iman adalah teras pembangunan insani setiap manusia,Iman adalah senjata dan santapan rohani yang disediakan oleh Yang Maha Pencipta untuk menyinari jiwa makhlukNya yang bernama manusia.Iman adalah modal terbesar yang menentukan jatuh bangunnya seseorang insani,bahkan menentukan masa depan sesebuah keluarga,masyarakat dan negara.Iman juga yang menjadi satu-satunya pokok persoalan dalam menetapkan nasib berkekalan buat setiap sekujur tubuh manusia di akhirat nanti.
  • Wajah putih bersih anak-anak kecil menggambarkan betapa luhurnya naluri keinsanan yang ada padanya.Sebagaimana sabda Junjungan SAW,”setiap bayi yang lahir itu umpama kain putih”.tiada sebarang cacat dan calit.Maka,para ibu bapa,penjaga dan pendidiknya lah yang akan menentukan warna kain yang putih itu.Putih bersih itu adalah ibarat kepada fitrah yang berpaksikan kemurnian iman.
  • Memupuk keimanan yang mantap ini harus bermula sejak dari kanak-kanak itu masih kecil lagi..bukan hanya semata-mata menyerahkan kepada guru untuk mendidik. Sebagaimana firman Allah yang mengancam keras keatas mereka yang gagal mendidik anak :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَاراً وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (Al-Tahrim :6 )

Begitulah indahnya islam,Rasulullah SAW telah memberi garis panduan agar kita mengikutinya..bermula dari kelahiran bayi,kalimah lailahaillallah diperdengarkan,nilai- nilai murni dititipkan.Solat diajar mengikut peringkat umur..sehinggalah terbentuk insan beriman & bertaqwa.

Peringatan buat diri juga sahabat2..smoga kita berjaya mengikuti stiap garis panduan yang diajar Rasulullah SAW kepada kita..

KULIAH KEDUA

Ketibaan YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat pada jam 9.20 pagi.

Ulasan Surah Al-Hujurat Ayat 11- 18.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَومٌ مِّن قَوْمٍ عَسَى أَن يَكُونُوا خَيْراً مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاء مِّن نِّسَاء عَسَى أَن يَكُنَّ خَيْراً مِّنْهُنَّ وَلَا تَلْمِزُوا أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ بِئْسَ الاِسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
[11] Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيراً مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضاً أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتاً فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ
[12] Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوباً وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
[13] Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
قَالَتِ الْأَعْرَابُ آمَنَّا قُل لَّمْ تُؤْمِنُوا وَلَكِن قُولُوا أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ الْإِيمَانُ فِي قُلُوبِكُمْ وَإِن تُطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَا يَلِتْكُم مِّنْ أَعْمَالِكُمْ شَيْئاً إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
[14] Orang-orang " A'raab" berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam '. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُوْلَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ
[15] Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).
قُلْ أَتُعَلِّمُونَ اللَّهَ بِدِينِكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
[16] Katakanlah (kepada orang-orang "A'raab" itu wahai Muhammad): "Patutkah kamu hendak memberitahu kepada Allah tentang ugama kamu (dengan berkata: ` kami telah beriman ')? Padahal Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".
يَمُنُّونَ عَلَيْكَ أَنْ أَسْلَمُوا قُل لَّا تَمُنُّوا عَلَيَّ إِسْلَامَكُم بَلِ اللَّهُ يَمُنُّ عَلَيْكُمْ أَنْ هَدَاكُمْ لِلْإِيمَانِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ
[17] Mereka mengira dirinya berbudi kepadamu (wahai Muhammad) dengan sebab mereka telah Islam (tidak melawan dan tidak menentang). Katakanlah (kepada mereka): "Janganlah kamu mengira keislaman kamu itu sebagai budi kepadaku, bahkan (kalaulah sah dakwaan kamu itu sekalipun maka) Allah jualah yang berhak membangkit-bangkitkan budiNya kepada kamu, kerana Dia lah yang memimpin kamu kepada iman (yang kamu dakwakan itu), kalau betul kamu orang-orang yang benar (pengakuan imannya).
إِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
[18] "Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan".
  • Sesungguhnya kehidupan kita diatas muka bumi ini hanyalah pinjaman semata-mata,kita hanya menumpang di bumi ALLAH yang fana ini,menumpang setiap ciptaan ALLAH…
  • Hanya lah kerana untuk beribadat,beramal dan mengabdikan diri kepadaNya yang Maha Esa.
  • Telah diturunkan Al-Quran kepada manusia sebagai panduan untuk kita hidup diatas muka bumi ini.Telah ditetapkan yang hak dan yang batil…ikutilah aturan yang telah ditetapkan nescaya tidak sesat kita ke jurang binasa.Amal yang bermanfaat akan dibawa kedalam kubur dan menyenangkan kita disana kelak.
  • Di zaman yang serba moden ini,alhamdulillah kita cukup senang.Tapi apakah kemudahan ini dimanfaatkan dengan baik??InsyaAllah sama2 lah kita mengambil langkah yang sewajarnya.
  • Sesungguhnya seorang yang dikatakan mukmin itu sebenarnya adalah mereka yang beriman dan yakin dengan ALLAH SWT dan juga RASULULLAH SAW,tidak dikatakan beriman seseorang itu jika meninggalkan salah satu daripada nya.Wajiblah percaya akan perkara2 ghaib,kerana ALLAH itu ghaib,begitu juga syurga,neraka dan lain2.Ibarat kata “Jika kita sanggup mencurahkan sebaldi yang air penuh kerana yakin bahawa baldi itu adalah bekas racun,sekiranya digunakan akan menyebabkan kematian… Maka yakin lah wahai insan,tinggalkan lah kemungkaran yang kita lakukan,kerana kemungkaran mendatangkan dosa,dan kerana dosa lah yang akan mematikan hati2 manusia
  • Dengan keyakinan yang kita ada,jangan lah pula kita ragu2.berjihadlah di jalan ALLAH dengan harta dan jiwa.Sesungguhnya itulah yang lebih baik jika manusia mengetahuinya.




KEBERANGKATAN BALIK TUAN GURU

SEKIAN WASSALAM..SEKADAR PERKONGSIAN..SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA TAHU AKAN SEGALA2NYA..HIDAYAH ITU MILIK ALLAH..

Thursday, October 22, 2009

RANJAU DALAM KEHIDUPAN



Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan menanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Ia tidak tahu bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehdupan. Ia sudah letih untuk berjuang. Sepertinya setiap kali satu masalah selesai, timbul masalah baru.

Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Ia mengisi 3 periuk dengan air dan menaruhnya di atas api. Setelah air di ketigatiga periuk2 tersebut mendidih. Ia menaruh lobak merah di dalam periuk pertama, telur diperiuk kedua dan ia menaruh serbuk kopi di periuk terakhir.

Ia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar, memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh ayahnya.

Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Ia menyisihkan lobak dan menaruhnya dimangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya di mangkuk yang lain, dan menuangkan kopi di mangkuk lainnya. Lalu ia bertanya kepada anaknya,"Apa yang kau lihat, nak?" "Lobak, telur, dan kopi" jawab si anak. Mangkuk dan memintanya merasakan lobak itu. Ia melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak.

Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya.

Setelah membuang kulitnya, ia mendapati sebuah telur rebus yang mengeras.

Terakhir, ayahnya memintanya untuk mencicipi kopi.

Ia tersenyum ketika mencicipi kopi dengan aromanya yang khas.

Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, Ayah?" Ayahnya menerangkan bahawa ketiganya telah menghadapi kesulitan yang sama, perebusan, tetapi masingmasing menunjukkan reaksi yang berbeda.

Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan lunak. Telur sebelumnya mudah pecah. Cangkerang tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut.

"Kamu termasuk yang mana?," tanya ayahnya. "Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui...Ketika kesukaran dan kesulitan mendatangimu, bagaimana kau menghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau kopi?"

Untuk renungan bersama..

Bagaimana dengan kita?

Apakah kita adalah lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kamu menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatanmu.
Atau... Apakah kita adalah telur, yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perceraian atau kegagalan menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kamu menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku?

Ataukah kita adalah serbuk kopi? Serbuk kopi merubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksimal pada suhu 100darjah Celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin nikmat. Jika kamu seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk, kamu akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitarrmu juga menjadi semakin baik.

Sekilas Renungan….Bingkisan Kehidupan.wallahua'lam



KE MANA KITA SEKARANG?

JEJAK SYURGA ATAU JEJAK NERAKA


Dapatkan ecard NasyidFM Disini


KE MANA KITA SEKARANG?

Kita sekarang dihidupkan oleh Allah, di bumi Allah dan di dalam zaman yang Allah tentukan. Selepas itu kita akan dikembalikan, sama ada disedari atau tidak ke salah satu daripada dua negeri yang kekal abadi iaitu syurga atau neraka.
Sekarang kita sedang berjalan ke destinasi yang kita sendiri pilih - syurga atau neraka. Allah menyediakan dua jalan untuk kita pilih. Terpulanglah kepada kita untuk memilih sama ada jejak ke syurga atau jejak ke neraka.
Namun begitu, Allah sudah memberitahu kita di dalam Al-Quran, tentang betapa nikmatnya kehidupan dan pengalaman manis di syurga. Begitu juga dijelaskan betapa azabnya kehidupan dan pengalaman ngeri di neraka. Nabi Muhammad saw. juga menguatkan lagi melalui hadith-hadithnya yang masih segar dibaca dan didengar hingga ke hari ini.
Sebagai makhluk yang diberikan kesempurnaan akal fikiran, manusia boleh berfikir kesan dan risiko yang bakal diterima akibat dari sesuatu tindakannya. Setiap sesuatu itu ada sebab-musababnya. Allah masukkan seseorang ke syurga kerana dalam hidupnya di dunia ini, dia memilih jalan ke syurga. Begitu juga Allah masukkan seseorang itu ke neraka kerana dalam hidupnya dia sengaja memilih jalan ke neraka. Terpulang kepada kita hendak mengikuti jejak syurga atau jejak neraka...

Pilih dan ikutlah jalan ke syurga sebagaimana yang disenaraikan di bawah:
• beramal semasa muda lagi
• bertolong-tolongan kerana Allah
• jauhi diri dan keluarga dari zina
• mendidik anak kewajipan beragama
• mendirikan solat wajib dan sunat
• bertahajjud di tengah malam
• menangis dan menginsafi diri kerana takut akan ALlah
• bersedekah, menderma dan berwakaf secara senyap
• berpaut hati pada masjid
• sentiasa belajar hal-ehwal agama
• sembahyang berjemaah
• selalu berada di tempat pengajian agama
• menziarahi orang sakit
• mengiringi mayat hingga ke kubur
• mengadakan khenduri cara Islam
• mendamaikan pergaduhan
• menolong anak yatim dan miskin
• dan lain-lain perkara kebajikan

Pada masa yang sama hindarilah jejak neraka yang disenaraikan di bawah:
• tidak mengajar anak hal-hal keagamaan
• kaya tapi bakhil
• menipu
• mengambil arak, dadah dan yang memabukkan
• mengadakan majlis maksiat
• berzina
• memakan harta anak yatim
• meringankan sembahyang
• tidak mengeluarkan zakat
• panjang angan-angan dan tak mahu bertaubat
• meninggalkan sembahyang
• durhaka kepada ibu bapa
• berbuat fitnah
• suami dayus (membebaskan isteri)
• ibu bapa dayus (membebaskan anak)
• makan harta haram
• berbohong dan berdusta
• menggunakan sihir
• dengki dan khianat

Sementara kita diberi peluang oleh Allah untuk memilih jalan yang menentukan nasib kita pada masa hadapan, marilah sama-sama kita saling bantu-membantu menegakkan amar makruf dan nahi mungkar yang dewasa ini sudah kurang berfungsi dan tidak diberi keutamaan lagi.

Sekadar renungan buat diri..

Monday, October 19, 2009

ADAB MENDENGAR AZAN

ADAB MENDENGAR AZAN

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati.Mengapa Kebanyakan orang yg nazak,hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa..lidahnya kelu,keras dan hanya mimik mukanya Yang menahan kesakitan'sakaratul maut'

Diriwayatkan sebuah hadis yg b’maksud:

"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan,jika tidak Allah akan kelukan lidahn ya ketika mautmenghampirinya.

"Ini jelas menunjukkan,kita disarankan agar mendiamkan diri,jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.

Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?

Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat

mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut

menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."
WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:

1) Jujur dalam berkata-kata.

2) Menjauhi segala yg haram.

3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:

1) Merahsiakan ibadahnya.

2) Merahsiakan sedek ahnya.

3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.

2) Menjauhi kejahatan.

3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:

1) Mengawasi dirinya.

2) Menghisab dirinya.

3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.


Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket....45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.


4 GOLONGAN LELAKI YANG DITARIK OLEH PEREMPUAN KE NERAKA


Pertama:-Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak ...... nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ... maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....."
Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda... kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri......jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..
Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik....oleh mana-mana pihak ?????
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA... semua kaum muslim masuk syurga ..... janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.
SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKI-NYA
TANPA HISAB. AMIN..... YA RABBALALAMIN. Wassalam.

Masa yang lepas itu sesungguhnya telah meninggalkan kamu,tetapi masa akan datang sentiasa melawat kamu.Apbila kamu hitungkan apa yang sudah berlalu,biarkanlah,maka wajib atas kamu meghitungkan pula masa yang di hadapan itu pelawat bagi kemajuan dan kebahgiaan.

ALLAH MENOLONG SESEORANG HAMBA ITU SEBAGAIMANA DIA SUKA MENOLONG SAUDARANYA



Wednesday, October 14, 2009

SEMOGA CEPAT SEMBUH

Assalamualaikum….


Sejak akhir2 ni mak selalu sakit…sedih sangat melihat keadaan mak sejak dari minggu lepas lagi,batuk tak berhenti..demam..berlarutan sampai ke hari ini,nampak mak letih je,makan pun tak selera,pagi tadi pun makan nasi air je,betapa besar pengorbanan yang mak berikan kepada kami adik beradik..Anakmu merasai perit sakitmu..InsyaALLAH mak akan sembuh..


Ibu,
Ibu ada seseorang memuja mu..
Kerana dikau..
Tidak pernah menghitung pengorbananmu..
Sebagai ibu jua isteri..
Rela dan sedia berkorban..
Persis lilin membakar diri..
Untuk menerangi sekeliling yang kelam..

Ibu,
Ada seseorang yang amat menyayangi mu..
Kegigihanmu mengharungi..
Detik-detik kedewasaanku..
Kesabaran mu menempuh..
Rintihan memanusiakan anakmu..

Ibu,
Ada seseorang yang amat menyayangi mu..
Ikhlas dihati..
Abadi di sanubari..

Ibu,
Ada seseorang yang amat menyayangi mu..
Kerana dikau adalah ibuku..
Seseorang itu adalah daku..
Anakmu..

SALAM SAYANG BUAT IBU & JUGA AYAH

MENYINGKAP SEJARAH KEHIDUPAN

MENYINGKAP SEJARAH KEHIDUPAN

Menyingkap tabir masa yang sudah berlalu pergi,hati ini tersentuh…terusik dengan kisah lalu yang masih segar di ingatan.Pahit manis kehidupan yang telah ditempuhi bersama keluarga,teman2,masyarakat,lebih2 lagi ketika diri ini masih mentah untuk bersendirian ditengah2 himpitan onak & duri ranjau kehidupan.Alam meningkat remaja cukup merisaukan,kalau tidak dikawal bimbang kan tewas dibawa arus kehidupan.

Dilahirkan dalam sebuah keluarga yang serba kekurangan,diri ini bersyukur kerana dikurniakan seorang ibu yang begitu besar pengorbanannya terhadap kami sekeluarga.

Sebagai seorang anak hati ini merasai & terbayang akan keperitan serta kepayahan ibu menanggung semuanya,bermula dari mengandungkan kami,melahirkan,mendewasakan & mendidik kami tanpa jemu.

Menyingkap sejarah keluarga,setiap kali mak melahirkan kami 7 beradik,setiap kali itulah mak akan koma selama beberapa hari @ minggu akibat kesukaran semasa bersalin & kehilangan darah yang banyak.Lebih2 lagi sewaktu ana,arwah abang & arwah adik di lahirkan melalui cara pembedahan.
Allah lebih menyayangi bayi kecil yang baru berusia 2 minggu,adik bongsu ana kembali ke rahmatullah dalam keadaan mak yang sedang koma dan belum sempat pun menatap wajah si kesil kelahirannya.

Ujian datang bertimpa,namun naluri seorang ibu & isteri tak pernah mengalah dengan ujian yang datang,kehidupan menguruskan keluarga tetap diteruskan tanpa mengeluh.
Tanggal 1994,keluarga kami dikejutkan dengan pemergian arwah abang ( anak ke-3 ) akibat dari penyakit kanser.Belum sempat pun ana mengingat wajah seorang abang, namun kehendak ALLAH mentakdirkan dia pergi buat selama2 nya.Ayah,mak & kami sekeluarga redha dengan pemergian lelaki sulung dalam keluarga kami.Mungkin ada hikmah di sebalik ujian yang menimpa.

Kehadiran anak-anak buah(anak saudara) yang ada,cukup bermakna..walaupun abang dan adik telah pergi ketika itu,mereka lah yang menjadi tempat untuk ana merasa punyai seorang adik.Kehadiran anak2 ini meriuhkan suasana yang sunyi..telatah gamat mereka membuat kami tak puas2 melayani kerenah mereka.Namun Allah punya perancangan,pada 1998 ketika anak buah ana baru berusia 1 tahun,dia telah disahkan menghidap kanser otak.Setahun menjalani rawatan,keluar masuk hospital..sehinggalah 1999 dia telah kembali kerahmatullah juga.Cukup menyedihkan kami,sakitnya anak kecil seusia nya menanggung derita,masih terdegar ditelinga, ketika awal2 rawatan arwah menagis ketika tubuk ditusuk jarum,namun lama-lama anak ini seolah mengerti, walau seluruh tubuh habis kesan2 tusukan jarum,namun arwah tetap dengan kepetahan nya..Arwah adik mimi dalam kenagan...

Tanggal 22/09/2002 jam 2.20 ptg sewaktu pulang dari sekolah,ana dikejutkan pula dengan kehilangan seorang lagi abang ( anak ke- 4 ).Pemergian nya sungguh kami rasai kerana dialah anak lelaki tunggal yang tinggal setelah pemergian abang yang sebelumnya.Bertahun2 arwah abang juga menderita sakit kanser,keluar masuk hospital, akhirnya Allah mentakdirkan kematian buatnya.Kini mak & ayah hanya miliki kami 4 beradik perempuan.

Syukurlah hingga saat ana mencoret cerita ini,ana masih diberi kesempatan untuk terus menumpang teduh dibumi pinjaman Allah ini.Mengenangkan detik masa yang pantas berlalu,usia pula semakin berkurangan..
”Namun apakah makin bertambah amal kebaikan ku? @ Makin bertambah dosa ku kepada Mu Ya Allah?”.” Ya Allah ku mohon kepada Mu,kekalkan lah aku di landasan yang benar,dekatkan lah aku bersama orang2 yang beriman serta jauhkan lah aku dari segala amalan keji,maksiat dan kemungkaran,serta ahli keluarga ku jua samada yang masih hidup @ yang telah meninggal dunia,kedua ibu bapa ku,jauhkan lah kami dari bencana dunia dan azab akhirat yang pedih”.

Ana bersyukur dengan nikmat yang ALLAH kurniakan,pernah suatu ketika dahulu diri ini tertanya2..
”Mengapa hidup ana ketika itu tak pernah rasa bahagia?.Bila nak bahagia? Bila nak tenang?”Namun,sampai suatu saat diri ini tersedar dari lena yang panjang, bermula hidup dialam reality,rupa2nya dunia ini pinjaman semata2,sekadar jambatan menuju kesana yang kekal abadi,hidup dan mati hanya lah kerana ALLAH..
setiap gerak geri,amal perbuatan hanya kerana ALLAH.Sebagaimana firman ALLAH yang bermaksud:
“Bahawa sesungguhnya,solatku,ibadatku,kegiatan hidupku,persoalan matiku,kesemuanya untuk ALLAH yang mentarbiyah alam” (Surah Al-An’am : Ayat 162 )

Memikirkan keagungan Mu Ya Allah,setiap ciptaan Mu Ya Allah yang Maha Kaya, sungguh Maha Tinggi KebesaranMu sehingga membuat hamba ciptaanMu terpaku sendiri menjawab persolan yang sering bermain di fikiran suatu ketika dulu..

Sungguh diri ini tak perlu mengalah dengan ujian yang menimpa,kesihatan diri yang tidak menentu,harus ana lalui dengan redhaNya.Moga mampu menjadi pengingat,Allah Maha memberi penyakit dan Allah jua lah yang Maha menyembuhkan penyakit yang didatangkanNya,menjadi kafarat kepada dosa2 yang lalu.


Sebagai seorang muslim,kita mempercayai bahawa kehidupan,kematian dan kehidupan selepas mati adalah fasa2 kewujudan yang wajib dilalui oleh semua manusia.Namun hiruk pikuk,kemelut,ghairah dan kesenian kehidupan yang sering melalaikan kita dari mengingati fasa kematian dan kehidupan selepas mati yang lebih abadi sifatnya.
Berkata Rasulullah S.A.W. “Sesungguhnya orang yang paling cerdik ialah mereka yang banyak mengingati mati, dan banyak membuat persiapan untuk menghadapi mati”.


Kepada Sahabat2 seperjuangan,syukran banyak2 atas ukhwah yang terjalin..ana merasai kehadiran antum sebagai penyuntik semangat buat ana.Ukhwah kan berpanjangan seiring perjuangan,bertemu dan berpisah InsyaALLAH hanya kerana ALLAH.



Buat mak,ayah dan keluarga,minta maaf sebab diri ini belum mampu merubah nasib keluarga kita.InsyaALLAH sedikit demi sedikit doa kita akan terkabul,janji ALLAH itu pasti dengan ikhtiar dan tawakkal kepada Nya.Mak,minta maaf sekiranya hati kecil mu selalu menangis akibat sikap anakmu atau tangisan yang tak mampu anakmu redakan.





MUHAMMAD FADHIL HUSAINI
( NI ANAK BUAH YANG PALING RAJIN )


NUR SYAQIRA AIDA BT HANAFI
(NI ANAK SAUDARA YANG PALING BYK CELOTEH)


MOHD HAFIZULLAH B. HANAFI
( HE,HE,NI ANAK BUAH YANG MANJA )


MOHD AMIRULLAH B. HANAFI
( NI ANAK BUAH YANG LAGI MANJA )

GELAGAT2 MEREKA












Sekadar bingkisan diari kehidupan.

Monday, October 12, 2009

TIDAK SEMUA YANG LOGIK ITU BENAR


TIDAK SEMUA YANG LOGIK ITU BENAR
Kisah 1: Seorang Bukan Islam (K) berkata pada orang Islam (M) yang sedang berwudhu':

K: "Kenapa kamu ambil wudhu' semula?"

K: "Aku hairan, kamu kentut di belakang tapi kenapa kamu cuci muka, tangan, kepala dan kaki kamu? Kenapa kamu tidak cuci tempat yang keluar kentut tu sahaja? kan mudah."
M: "Ini arahan Tuhanku, Allah, aku taat akan perintah-Nya"

K: "Jelas sekali agama kamu ini tidak benar. Arahannya tidak logik sama sekali.

M: “Kebenaran itu tidak semestinya logik"

K: "Apa buktinya?"

M: "Meh, ikut aku" M membawa K ke sebuah pintu. Lalu M memegang tangan K, kemudiannya menyepit tangan K dengan pintu itu. K menjerit kesakitan.

K: "Aaaah! Tangan aku sakit…tolong lepaskan tangan aku!"

M: Baiklah…inilah jawabanku: tangan kamu yang sakit, tapi kenapa mulut kamu yang menjerit.M pun meninggalkan K yang bodoh sombong itu dalam kesakitan….

TIDAK SEMUA YANG LOGIK ITU BENAR
Kisah2: Seorang bukan Islam (K) berkata kepada orang mukmin (M)
K: Tuhan kamu sungguh tidak adil.

M: Eh, Kenapa?
K: "Tuhan kamu menghukum manusia dan syaitan yang jahat di dalam neraka yang dibuat dari api. Manusia sahaja yang seksa tapi syaitan tak rasa apa-apa."

M: "Kenapa begitu?"

K: "Yalah…manusia dicipta dari tanah, kalau dibakar dengan api hangus, sakitlah. Tapi syaitan dicipta dari api, kalau dibakar dengan api relaks lah….tak terasa apa-apa….
M: "Oh, begitu. Tuhan aku kata, mereka semua akan terseksa…"

K: "Ah…tak mungkin. Secara logik, manusia je yang terseksa, syaitan tak."

M diam sebentar, lalu dia meninggalkan K. Beberapa waktu kemudian M datang lagi dengan membawa sebongkah tanah keras dan baling tepat ke dahi K. Dahi K luka berlumuran darah. Kemudian dia membawa M menghadap seorang hakim. Setelah mendengar cerita dari kedua belah pihak tentang kejadian itu, maka hakim bertanya pada M.

Hakim: mengapa kamu baling tanah ke K begitu?

M : Maaf Tuan Hakim, K mengatakan bahwa Tuhan tidak adil kerana menghukum manusia dan syaitan yang jahat di dalam neraka yang dibuat daripada api. Tentu saja manusia seksa sedangkan syaitan tidak terseksa sebab syaitan dicipta daripada api. Logiknya memang begitu,tapi itu tidak benar. TIDAK SEMUA YANG LOGIK ITU BENAR. Sebagai buktinya saya baling ke dia dengan tanah. Logiknya K, manusia yg dicipta daripada tanah kalau dibaling dengan tanah tidak sakit, bukan? Tapi buktinya K luka dan sakit. Saya tidak bermaksud menyakitinya, tetapi saya ingin menjawab pertanyaannya dengan cara ini.

Habis....pikir-pikir sendiri laa apa kesudahannya..

Memang benar, kadang2 dalam kehidupan ini, ada je sesuatu yang kita rasa tak logik, tapi hal itulah kebenaran dan faktanya yang perlu kita terima. Begitu juga dalam ibadah, jika ada sesuatu ibadah yang kita sangkakan sunnah, bukan bermakna kita benar-benar beribadah kepada Allah kalau beramal tanpa ilmu iaitu tanpa sumber dalilnya. Kadang2 logik juga ibadah itu ada pahala dan ganjarannya, tapi kalau tidak bukan dalam kebenaran yakni tidak bersumberkan Al-Quran dan Sunnah, maka boleh jadi sia-sia amalan kita..

Mungkin pada mereka yang banyak bertanya 'kenapa itu dan ini boleh tak boleh' atau yang jenis 'banyak songeh', renungkanlah ayatul Quran dibawah. Janganlah kerana ada hati, mata dan telinga, kita tak mampu BERUSAHA untuk mencari kebenaran. Gunakanlah sifat ini sebaiknya. Dan sesungguhnya Kami jadikan isi (neraka) Jahannam yang kebanyakan dari jin dan manusia, mereka itu mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. [Surah al-A’raf:179]

Ketahuilah, Allah Ta'ala telah menyempurnakan agama Islam ini tanpa adanya pembebanan kepada manusia untuk beribadah. Fikirkanlah, kalau hendak kejayaan, pasti perlu berusaha bukan, kalau hendak masuk syurga, caranya kena berusaha jugalah dengan banyak beramal soleh mengikut tatacara sunnah. Islam itu mudah.

Firman Allah Ta'ala:

"Allah tidak sekali-kali menjadikan untuk kamu dalam agama satu kesempitan"
[Surah Al-Hajj ayat 78]

WallahuA'lam
Sekadar muhasabah & peringatan buat diri ana & sahabat2.